BENGKEL PENGENALAN DAN PENGURUSAN REPOSITORI DIGITAL BERASASKAN DSPACE BERSAMA MIGHT

BANGI, 5–6 Oktober 2026 – Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Bengkel Pengenalan dan Pengurusan Repositori Digital Berasaskan DSpace untuk Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) pada 5 dan 6 Oktober 2026 bertempat di Makmal Siber@PTSL, Perpustakaan Tun Seri Lanang.

Bengkel selama dua hari ini dikendalikan oleh penceramah daripada Perpustakaan UKM dan Pusat Teknologi Digital UKM. Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan dan latihan berkaitan pembangunan, pengurusan serta penyelenggaraan repositori digital berasaskan platform DSpace bagi menyokong pengurusan maklumat digital secara sistematik dan berkesan.

Peserta diberikan pendedahan mengenai konsep asas repositori digital, pengenalan kepada DSpace, metadata dan standard deskripsi, polisi serta tadbir urus repositori, pengindeksan bahan dan pendigitalan bahan bagi meningkatkan kefahaman peserta tentang proses pengurusan serta penyediaan koleksi digital.

Selain itu, latihan juga turut memberi tumpuan kepada aspek teknikal DSpace termasuk demonstrasi penggunaan dan konfigurasi sistem, pentadbiran DSpace, aliran kerja penyerahan bahan (submission workflow) serta kawalan akses (access control), selain aspek penyelenggaraan, sandaran data (backup), keselamatan dan kelestarian repositori digital. Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen Perpustakaan UKM dan Pusat Teknologi Digital UKM dalam berkongsi kepakaran serta pengetahuan berkaitan pengurusan maklumat dan teknologi digital. Diharapkan latihan ini dapat membantu MIGHT memperkukuh keupayaan membangunkan dan mengurus repositori digital yang terancang, selamat dan mampan, sekali gus menyokong pemeliharaan serta akses kepada maklumat digital untuk kegunaan jangka panjang.

Siaran Serupa

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *