CESMED BUDDIES

Kelab CESMED BUDDIES merupakan idea yang lahir daripada segolongan pelajar yang bukan sahaja pernah mengambil kursus anjuran UKM-CESMED malah mempunyai minat yang mendalam serta kemahiran keusahawanan yang tinggi di dalam bidang keusahawanan. Sebagai perintis, kelab ini dipercayai mampu menjadi medium dalam mengumpulkan pelajar UKM yang berminat menjadi usahawan bagi memudahkan mereka dipantau serta dibimbing melalui program dan kursus yang dianjurkan oleh UKM-CESMED. Tambahan pula, penubuhan kelab ini akan memberikan peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran modal insan mereka di samping membangunkan komuniti masyarakat melalui pelbagai aspek seperti meningkatkan taraf sosio-ekonomi negara menerusi program-program yang meliputi aspek seperti ekonomi, sumber manusia dan organisasi yang membawa kepada kesejahteraan komuniti di negara ini.cesmed buddies1

 

Melalui kelab ini, para pelajar berpotensi untuk terlibat secara langsung di dalam sebarang aktiviti keusahawanan melalui idea mereka baik dari segi pengurusan serta kemajuan perniagaan mereka. Ini seterusnya, melalui pembelajaran teori yang di pelajari oleh para pelajar akan di transformasikan menjadi praktikal. Menerusi teori yang di pelajari, pelajar akan mengikuti sesi bimbingan yang dipantau oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS (UKM-CESMED) bermula daripada pembentangan idea perniagaan sehingga perniagaan ditubuhkan, maju, pengurusan yang sistematik dan boleh menjana pendapatan yang lebih besar.

cesmed buddies4 cesmed budies3