PEMASARAN DIGITAL (CMIE 2423)

PEMASARAN DIGITAL (CMIE 2423)

TarafElektif

ObjektifPelajar boleh menghasilkan dan menggunakan platform pemasaran digital bagi memperkenalkan perniagaan mereka pada masyarakat.

Semester ditawarkan – Semester 2

SinopsisTeknologi digital telah menjadi kekuatan ekonomi baru, yang membentuk semula model perniagaan, strategi, struktur, dan proses perniagaan konvensional. Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan serta mengaplikasikan kaedah pemasaran melalui platform pemasaran digital dalam pemasaran produk dan perkhidmatan. Objektif utama adalah untuk memberi ilmu asas, konsep dan strategi pemasaran digital kepada pelajar yang mendorong pelajar memasarkan produk secara dalam talian. Pelajar akan didedahkan dengan aplikasi pemasaran digital dalam pengiklanan produk atau perkhidmatan, strategi pemasaran digital dalam perniagaan yang berkesan serta rekabentuk

halaman dan iklan dalam platform pemasaran digital yang unik dan menarik. Di akhir kursus ini, pelajar perlu menghasilkan laporan strategi dan rekabentuk pemasaran digital menggunakan platform pemasaran digital sedia ada.

HPK 

HPK 1 – Menerangkan konsep pemasaran digital dalam pengiklanan produk atau perkhidmatan.

HPK 2 – Membentangkan strategi pemasaran digital dalam perniagaan yang berkesan.

HPK 3 -Merekabentuk halaman dan iklan dalam platform pemasaran digital yang unik dan menarik.