CMIE IDEATION AND INNOVATION COLLOQIUM 2017

CMIE IDEATION AND INNOVATION COLLOQIUM 2017

TARIKH : 19 DISEMBER 2017

MASA : 8.00 pagi – 1.00 petang

TEMPAT : UKM-MTDC

Kolokium  ini  bertujuan  untuk  mengumpulkan  idea  inovasi  pelajar  dalam  tuntas  bicara  dan poster. Bentuk dokumentasi dan tuntas bicara idea inovasi dalam keusahawanan dapat memberikan gambaran yang jelas tentang idea perniagaan termasuk industri halal yang meliputi industri makanan ataupun produk kosmetik yang di jalankan oleh usahawan pelajar. Ianya dapat menunjukkan kematangan pelajar dalam mengutarakan kepentingan dalam menyelesaikan masalah  pengguna  yang  boleh  dijadikan  peluang  oleh  para  usahawanan.  Kolokium  ini melibatkan 180 pelajar keusahawanan di CESMED yang melibatkan 4 kursus CMIE iaitu Usahaniaga Asas 1, Usahaniaga Lanjutan, Produk Inovasi Dan Keusahawanan Sosial. Usaha ini di harapkan dapat menjadi panduan dan perkongsian ilmu keusahawanan antara pelajar dan pengajar.  Memandangkan kursus ini melibatkan pemikiran kritis dalam memilih produk yang menggambarkan dunia perniagaan sebenar. Program keusahawanan bukan hanya melibatkan teori tetapi juga praktikal untuk pelajar menerokai dan menjalankan perniagaan secara  terus dan telus. Kesusahan dan masalah di dokumentasikan untuk memberi peluang kepada mereka memikirkan secara kritikal keperluan mereka untuk menjadi usahawan. Hasil daripada dokumentasi ini akan menjadi panduan kepada pelajar usahawan akan datang dalam menghayati selok belok perniagaan. Mendapatkan dana amat sukar bagi pelajar dan usahawan muda, justeru peluang yang diberikan oleh PUNB dalam perkongsian peluang mendapatkan dana  bagi perniagaan termasuk usahawan makanan   adalah diharap dapat memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengembangkan perniagaan.