PENDIDIKAN BERKUALITI
MESRA OKU!
merupakan warga kurang Upaya
"Peneraju Inovasi Pendidikan Berkualiti”
UKM telah melahirkan
ramai alumni tersohor
Kami Menawarkan Pelbagai Program Pendidikan Berkualiti
Terkini di FPEND
UKM FPEND
𝟲𝘁𝗵 𝗔𝘀𝗶𝗮𝗘𝗻𝗴𝗮𝗴𝗲 𝗥𝗲𝗴𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗖𝗼𝗻𝗳𝗲𝗿𝗲𝗻𝗰𝗲 𝟮𝟬𝟮𝟰
Theme: "Young Social-Entrepreneurship for the Sustainable Growth of ASEAN Community & Beyond"
Date: 6-7 May 2024
Venue : Bangi Resort Hotel, Bangi, Malaysia
We are delighted to inform you that Universiti Kebangsaan Malaysia (The National Universiti of Malaysia) as the permanent secretariat for the ASEAN University Network Thematic Network for University Social Responsibility & Sustainability (AUN USR&S) in collaboration with the Chamber of Social Entrepreneur Development (CSED) Malaysia, will be organizing the 6th AsiaEngage Regional Conference (AE2024).
The conference serves as a platform for higher education institutions to establish partnerships with various stakeholders such as industries, foundations, communities, NGOs, and government agencies. It aims to uplift the quality of life across ASEAN and Asia through research, education, and engagement activities.
📢 The gates are open for submissions! Gather your squad of 5 and claim an exclusive offer – register as a group and receive an additional registration FREE!
🤝 Ready to register? Click here: shorturl.at/nrQVW
🔔🗓 Remember, the submission deadline is 30 March 2024. Don’t miss out!
🔎💻 For more details, visit www.ukm.my/i-kom/asiaengage
Don’t miss out on talks by our distinguished Keynote Speakers, dialogue sessions with key players of Social Entrepreneurs, workshops, and parallel presentation sessions.
#UKM #UniversitiWatanKita #FPENDkongsi #fakultipendidikan #SDG
… See MoreSee Less
- Likes: 4
- Shares: 2
- Comments: 0
𝗪𝗔𝗥𝗡𝗔-𝗪𝗔𝗥𝗡𝗜 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗔𝗥 (𝗣𝗥𝗔𝗞𝗧𝗜𝗞𝗨𝗠)
MInggu ini adalah minggu pertama pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) menjalani latihan mengajar atau praktikum. Tahniah kerana sudah mula mengorak langkah ke kerjaya bidang pendidikan.
Hampir 180 orang pelajar ISMP tahun akhir dan 2000 orang pelajar DPLI semester akhir telah menjalani latihan mengajar di sekolah dan institusi pendidikan seluruh Malaysia.
Kami warga Fakulti Pendidikan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan semoga anda semua memperolehi pengalaman baharu di sekolah.Jagalah nama baik Fakulti Pendidikan UKM, anda adalah duta kami!
#FPENDkongsi #FakultiPendidikan #ukm #UniversitiWatanKita #SDG
… See MoreSee Less
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗘𝗦𝗧𝗘𝗥 𝟮 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟯/𝟮𝟬𝟮𝟰
Jadikan semester baharu ini dengan azam dan semangat yang baharu bagi menempuh cabaran dan memperoleh kejayaan bersama.
#ukm #UniversitiWatanKita #FakultiPendidikan #FPENDkongsi #SDG #SDG4
… See MoreSee Less
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛!
Ucapan syabas dan tahniah kepada pelajar FPEND UKM:
1. Azam Abd Aziz
2. Khadijah Abdullah
3. Norzalillah Mohammad Mazli
4. Noor Amera Omar
Yang dibimbing oleh Dr. Nor Hafizah Adnan dan Prof Madya Ts Dr Helmi Norman dari Fakulti Pendidikan di atas kejayaan memenangi tempat ke-3 dalam “Asian Universities Student Entrepreneurship Ideation Challenge (AUSEIC) Competition 2024” yang berlangsung di Education University of Hong Kong pada 11 Mac 2023 baru-baru ini.
Pertandingan ini melibatkan beberapa buah universiti dari pelbagai negara termasuk Education University of Hong Kong (EdUHK), Ateneo De Manila University (Ateneo), East China Normal University (ECNU), National Institute of Education, Nanyang Technological University Singapore (NIE-NTU, Singapore) dan Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) Australia.
Anda kebanggaan FPEND, semoga terus cemerlang!
#UKM #UniversitiWatanKita #FakultiPendidikan #FPENDkongsi #SDG #SDG4
Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM
… See MoreSee Less
www.youtube.com/live/jYstswSZG_k?si=XrixiIodmgwQ-av-
𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 ”𝗗𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗥𝗜𝗞𝗨𝗟𝗨𝗠: 𝗜𝗦𝗨, 𝗖𝗔𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 & 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜 𝗞𝗘 𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟”
… See MoreSee Less
𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 ”𝗗𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗥𝗜𝗞𝗨𝗟𝗨𝗠: 𝗜𝗦𝗨, 𝗖𝗔𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 & 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜 𝗞𝗘 𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟”
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kajian Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM akan mengadakan Webinar ”Dasar dan Kurikulum: Isu, Cabaran & Strategi ke arah Melahirkan Generasi Berkompetensi Global” yang akan disampaikan oleh Profesor Adjung Fakulti Pendidikan UKM, YBrs. Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar & Kurikulum).
Tarikh: 13 Mac 2024
Masa: 10.30 pagi
Bertempat: Zoom Meeting
ukm-edu-my.zoom.us/j/95219593096?pwd=WFNzRXhXVUcvbkhwQWlqTmtsYkFXUT09
Meeting ID: 952 1959 3096
Passcode: 214514
Kehadiran semua amat dialu-alukan. Sijil penyertaan akan disediakan oleh pihak penganjur. Terima kasih.
#UKM #UniversitiWatanKita #FakultiPendidikan #FPENDkongsi #SDG #SDG4
… See MoreSee Less
Salam. Ini termuka kepada public atau student sahaja ye?
Student post graduate bukan dari UKM boleh join jgk ke admin? Sbb tajuk ni ada kaitan dngn kajian saya.
"𝗦𝗖𝗜𝗘𝗡𝗖𝗘 𝗘𝗗𝗨𝗖𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗜𝗡 𝗝𝗔𝗣𝗔𝗡"
Bangi, 6 Mac 2024-Program perkongsian "Science Education in Japan" telah diadakan di Gerak Minda Fakulti Pendidikan, anjuran Pusat Kajian Pembudayaan STEM. Program ini menampilkan Professor Kiyoyuki Oshika, Professor Pendidikan Sains dari Aichi University of Education, Japan sebagai penceramah.
Program ini telah dihadiri oleh 20 orang pelajar pasca-siswazah pendidikan sains serta dua orang pensyarah kanan, Dr. Siti Nur Diyana Mahmud dan Dr. Nurazidawati Arshad. Mereka hadir untuk memahami dengan lebih mendalam tentang pendekatan dan amalan terkini dalam pendidikan sains, khususnya berdasarkan pengalaman yang telah dilakukan di Jepun. Pendidikan sains telah diakui sebagai aspek penting dalam pembangunan negara, dan Jepun telah dikenali sebagai salah satu negara yang cemerlang dalam bidang ini, dengan prestasi yang cemerlang dalam ujian TIMSS dan PISA.
Diharapkan bengkel ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dan menjadi pemangkin bagi usaha-usaha meningkatkan Pendidikan Sains di negara ini dengan mengambil contoh dan pembelajaran dari pengalaman Jepun yang sesuai dengan konteks di Malaysia.
#UKM #UniversitiWatanKita #FakultiPendidikan #FPENDkongsi #SDG #SDG4
… See MoreSee Less
𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗟 𝗠𝗨𝗕𝗔𝗥𝗔𝗞 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟰𝗠✨
Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.
#ukm #UniversitiWatanKita #FakultiPendidikan #FPENDkongsi #SDG #SDG4 #ramadan1445h
… See MoreSee Less
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐋𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐨𝐟 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 (𝐋𝐎𝐈) 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐮𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐲 𝐀𝐠𝐫𝐨𝐬𝐚𝐢𝐧𝐬 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐤𝐮𝐥𝐭𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧, 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.
Bangi, 19 Februari 2024 – Sekitar Majlis Menandatangani Letter of Interest (LOI) antara Kolej university Agrosains Malaysia dan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dalam majlis LOI tersebut UCAM diwakili oleh Datin Faizatul Akmar Binti Dato’ Hisan (Ketua Eksekutif), Ts. Dr. Rossly Bin Salleh (Ketua Pegawai Operasi), LAr Adizakwan Bin Che Ali (Dekan FAS), Pn. Aida Nasrin Binti Nasarudin (Dekan FSTM), Pn. Rohaini Binti K.Mohd (Dekan FPP), dan Pn. Safiah Binti Abu Noh, Ketua Unit Perhubungan Korporat.
Universiti Kebangsaan Malaysia pula diwakili oleh Dr. Khairul Azhar Jamaludin (Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat), Prof Madya Dr. Hasnah Toran (Ketua Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti), Dr. Mohd Norazmi Nordin (Ketua Program Sarjana Muda Pendidikan Khas), Dr. Syar Meeze Mohd Rashid (Ketua Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat) dan En. Mohd Syazwan Zainal (Penyelaras LOI).
Semoga sinergi antara kedua belah pihak ini ini dapat membuka peluang yang lebih baik bagi kepentingan kedua belah pihak.
#UKM #UniversitiWatanKita #FakultiPendidikan #FPENDkongsi #SDG #SDG4
… See MoreSee Less
𝗣𝗘𝗥𝗞𝗢𝗡𝗚𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
1. MCM Jalin Kerjasama Dengan UKM (Berita Harian)
2. Prototaip Kamus Dwibahasa Braille Kini Dalam Proses (Metro)
3. Kamus DwiBahasa Braille, Bantu OKU Penglihatan Pelajari Bahasa (Bernama)
Tahniah Dr. Mohd Norazmi Nordin atas usaha yang cemerlang ini!
#FPENDkongsi
#FakultiPendidikan
#ukm
… See MoreSee Less
𝗙𝗔𝗞𝗨𝗟𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗞𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗦𝗟𝗜𝗠 𝗖𝗔𝗥𝗘 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗝𝗔𝗟𝗜𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔
Bangi, 20 Februari 2024, bertempat di Gerbang Minda, satu kerjasama bersejarah termeterai antara Fakulti Pendidikan dan Muslim Care Malaysia dalam majlis menandatangani surat hasrat.
Dalam majlis tersebut, Fakulti Pendidikan diwakili oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Dr Khairul Azhar Jamaluddin, manakala pihak MCM diwakili oleh Timbalan Presiden, Mohd Johari Ismail.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk sama-sama membantu golongan kurang upaya khususnya orang buta dalam mendapatkan pendidikan yang lebih baik.
Penyelaras bagi surat hasrat ini, iaitu Dr Mohd Norazmi bin Nordin, pensyarah pendidikan khas (masalah penglihatan), Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti turut menjelaskan bahawa, sebagai permulaan, sebuah prototaip kamus braille akan dibina bagi menyokong usaha itu. Projek tersebut juga turut mendapat liputan pihak media.
#ukm #UniversitiWatanKita #FakultiPendidikan #FPENDkongsi #SDG #SDG4
… See MoreSee Less
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗜 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗔𝗥 (𝗣𝗥𝗔𝗞𝗧𝗜𝗞𝗨𝗠)
Fakulti Pendidikan UKM mengucapkan Selamat Menjalani Latihan Mengajar (Praktikum) kepada pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan pelajar semester akhir Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).
Tarikh latihan :
ISMP : 11 Mac hingga 5 Julai 2024
DPLI : 10/11 Mac hingga 5 Julai 2024
Tahniah, semoga segala urusan dipermudahkan. Semoga anda dapat menimba pengalaman baharu di sekolah.
#FPENDkongsi #FakultiPendidikan #ukm #UniversitiWatanKita #SDG
… See MoreSee Less
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 !
Sekalung tahniah diucapkan kepada Profesor Dato Ts.Dr. Norazah Nordin,Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat atas penerimaan Anugerah Ikon InspireHer 2024 kategori Women in Leadership and Advancement.
Semoga terus memacu kecemerlangan!
#FPENDkongsi #FakultiPendidikan #ukm #UniversitiWatanKita
… See MoreSee Less
Tahniah Dato'
Wow
This content isn’t available right now … See MoreSee Less
This content isn't available right now
When this happens, it’s usually because the owner only shared it with a small group of people, changed who can see it or it’s been deleted.
𝗣𝗘𝗥𝗞𝗢𝗡𝗚𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
TAJUK : DILEMA PILIH KERJAYA ATAU KELUARGA
Sumber : SINAR HARIAN
"Isu penjagaan anak dan waktu kerja tidak fleksibel menjadi halangan"
Temubual khas Dr. Khairul Azhar Jamaludin, Timbalan Dekan, Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat Fakulti Pendidikan UKM.
#FPENDkongsi
#fakultipendidikan
#UKM
… See MoreSee Less
Bicara Perdana Naib Canselor UKM 2024 … See MoreSee Less
Wanita itu….
merupakan insan yang
mungkin luarannya terlihat lemah
namun hatinya begitu tabah.
Kata Hamka : "Wanita itu ialah tiang negara. Kalau wanita itu baik, baiklah negara, dan kalau mereka rosak, rosak pulalah negara.”
#FPENDkongsi #fakultipendidikan #UKM
… See MoreSee Less
𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗕𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗥𝗧𝗜𝗞𝗘𝗟
Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof Madya Dr. Mohamad Nizam Nazarudin daripada Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti di atas kejayaan menerbitkan artikel berwasit WOS Q2 di Jurnal Heliyon.
Tajuk : Patterns in assignment submission times : Analysis of factors contributing to undergraduate students commitment to core-related course.
Semoga terus cemerlang!
#FPENDkongsi #FakultiPendidikan #ukm #UniversitiWatanKita #SDG #SDG4
… See MoreSee Less
www.facebook.com/100007874644512/videos/423159983403734/ … See MoreSee Less
This content isn't available right now
When this happens, it’s usually because the owner only shared it with a small group of people, changed who can see it or it’s been deleted.Baru jelas elok
𝗣𝗔𝗥𝗔𝗗𝗜𝗚𝗠𝗦 𝗜𝗡 𝗘𝗗𝗨𝗖𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡
Pusat Kajian Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Fakulti Pendidikan ingin menjemput anda semua untuk menyertai forum atas talian bertajuk: Paradigm in Education pada ketetapan seperti berikut:
Tempat: Secara Langsung di Zoom Meeting
Meeting ID: 913 0666 5883
Passcode: 850031
Penceramah:
1) Prof Dr. Makiko Tanaka (Osaka Kyoiku University, Jepun)
2) Prof Dr. Kou Murayama (University of Tubingen, Germany)
3) Assoc Prof. Dr. Linfeng Wang (Osaka Kyoiku University, Jepun)
Moderator:
1) Dr. Maslawati Mohamad
2) Dr. Muhammad Syawal Amran
Tarikh: 4 Mac 2024
Masa: 2.00-6.00 pm (Waktu Malaysia)
*Penyertaan adalah percuma
*E-Sijil akan diberikan
#ukm #UniversitiWatanKita #FakultiPendidikan #FPENDkongsi #SDG #SDG4
… See MoreSee Less
Warga FPEND
PROFESSOR
Pencapaian FPEND 2022
Pusat-Pusat Kajian di FPEND
MATLAMAT PENDIDIKAN
Fakulti Pendidikan bertujuan untuk memperluas pengetahuan semasa ke arah perubahan paradigma yang akan memperkasa dan meningkatkan profesion keguruan, serta meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu semasa dalam pendidikan.
WEBSITE INI MESRA OKU!
Hampir 1 billion pengguna internet di seluruh dunia merupakan warga kurang upaya.
JOM BERSAMA KAMI
Peneraju Inovasi Pendidikan
Bersama Kita Cemerlang
NO. PEJABAT AM
+603 8921 6237 / 6461 / 6238
FAKSIMILI
+603 8925 4372
EMEL
info_fpend@ukm.edu.my
Isnin-Khamis
08:00 pagi – 01:00 tengahari
02:00 petang – 05:00 petang
Jumaat
08:00 pagi – 12:15 tengahari
02:45 petang – 05:00 petang
Kami sedia membantu
Alumni
"Tuntutlah Ilmu. Disaat kamu miskin , ia akan menjadi hartamu. Disaat kamu kaya, ia akan menjadi perhiasanmu."
"Hasil tertinggi dalam pendidikan adalah toleransi kerana kepersamaan hanya wujud jika faham perbezaan"
"Academic must endeavour in continual research, teaching, practicing and servicing for the community"
"Kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal, tetapi daripada semangat yang tidak pernah mengalah "
"SUDIR: Sense of purpose, Understand the situation, Develop the best strategy, Invest time & effort, Review. "
"Jadilah seorang yang boleh membawa perbezaan"