PENDIDIKAN BERKUALITI
MESRA OKU!
merupakan warga kurang Upaya
"Peneraju Inovasi Pendidikan Berkualiti”
UKM telah melahirkan
ramai alumni tersohor
Kami Menawarkan Pelbagai Program Pendidikan Berkualiti
Terkini di FPEND
UKM FPEND
Hari ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) genap berusia 54 tahun, sebuah varsiti yang telah mencipta banyak sejarah penting negara.
Semoga nama UKM terus gemilang di persada nasional dan antarabangsa.
Dirgahayu UKM!
Selamat Ulang Tahun Penubuhan yang ke-54 (18 Mei 1970 – 18 Mei 2024).
#UKM
#UlangTahunUKM54
#UKMSharing
#UniversitiWatanKita
#IlmuMutuBudi
… See MoreSee Less
- Likes: 8
- Shares: 1
- Comments: 0
𝗣𝗘𝗥𝗞𝗢𝗡𝗚𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 | 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗥𝗡𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗖𝗢𝗡𝗙𝗘𝗥𝗘𝗡𝗖𝗘 𝗢𝗙 𝗥𝗘𝗦𝗘𝗔𝗥𝗖𝗛 𝗔𝗡𝗗 𝗘𝗗𝗨𝗖𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗙𝗢𝗥 𝗘𝗗𝗨𝗖𝗔𝗧𝗢𝗥𝗦 (𝗜𝗖𝗥𝗘𝗘) 𝟮𝟬𝟮𝟰
Tahniah Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Mohamad Nizam Nazarudin, pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti diatas penyertaan di dalam International Conference of Research and Education for Educators (ICREE) 2024 yang akan berlangsung di Primebiz Hotel, Surabaya, Indonesia.
KEYNOTE 2:
Revolutionising Research Activity: The Role of Technology in Society 5.0 and its Echancement in Research Education
Semoga terus cemerlang!
#FPENDkongsi #FakultiPendidikan #ukm #UniversitiWatanKita #SDG #SDG4 #SDG8
… See MoreSee Less
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗙𝗔𝗞𝗨𝗟𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Pendidikan (FPEND) akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Fakulti Pendidikan 2024. Berikut merupakan butiran program:
Tarikh : 18 Mei 2024
Masa : 7.30 Pagi
Tempat : Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan UKM
Tema : Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI
Kod Pemakaian: Klasik Songket
#FPENDkongsi #FakultiPendidikan #ukm #UniversitiWatanKita #SDG
… See MoreSee Less
[𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗙𝗔𝗞𝗨𝗟𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡]
𝗣𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗞𝗟𝗔𝗦𝗜𝗞!
Dijemput kepada seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia untuk hadir ke Pasar Klasik bersempena penganjuran Karnival Fakulti Pendidikan pada 18 Mei 2024, bertempat di Perkarangan Fakulti Pendidikan. Bermula jam 9 pagi.
Pelbagai jualan aneka makanan dan kraftangan yang disajikan.
… See MoreSee Less
𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗟𝗔𝗦𝗜𝗞 𝗙𝗔𝗞𝗨𝗟𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡✨
Bersempena penganjuran Karnival Fakulti Pendidikan yang bakal berlangsung pada 18 Mei 2024 ini, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PENDIDIK) bakal mengadakan acara "MALAM KLASIK FAKULTI PENDIDIKAN" dengan bertemakan KLASIK.
Oleh yang demikian, dijemput seluruh mahasiswa/wi hadir menyertai acara ini sebagaimana ketetapan seperti berikut:-
📌Tarikh: 18 Mei 2024
📌Waktu: 7:30 p.m-10 p.m
📌Tempat: Kawasan Parkir Gerak Minda, Fakulti Pendidikan
🔥 I-STAR DISEDIAKAN 🔥
Jangan lepaskan peluang ini!
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Serlahkan bakat dan keyakinan anda!
AJK PELAKSANA KARNIVAL FAKULTI PENDIDIKAN,
SESI 2023/2024
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
… See MoreSee Less
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗢𝗠 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗙𝗔𝗞𝗨𝗟𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡
Fakulti Pendidikan berbesar hati ingin menjemput seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia untuk hadir ke program Jom Derma Darah yang akan berlangsung pada:
🗓 Tarikh : 18 Mei 2024
📌Hari : Sabtu
🕣Masa : 10. 00 a.m – 3.30 p.m
📍Tempat : Bilik Seminar, Fakulti Pendidikan
📌 Merit Istar disediakan
📌 Sijil dari PPUM disediakan
📌 Goodies utk 50 orang terawal
Untuk pendaftaran, tekan ‘link’ berikut : docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScBUsPqEHWrZAVF5Dwo9xF39Et8kccVecSropABgxIiFf1wfQ/viewform?usp=p…
“Derma Darah, Selamatkan Nyawa”
AJK PELAKSANA KARNIVAL FAKULTI PENDIDIKAN 2024
#FPENDkongsi #fakultipendidikan #UKM #UniversitiWatanKita #SDG
… See MoreSee Less
𝗧𝗘𝗡𝗧𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗙𝗔𝗞𝗨𝗟𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡
Sukacita dimaklumkan Fakulti Pendidikan dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PENDIDIK) akan menganjurkan Karnival Fakulti Pendidikan. Kami berbesar hati ingin menjemput seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia untuk hadir bagi memeriahkan lagi karnival ini.
Ketetapan karnival adalah seperti berikut:
🗓Tarikh : 18 Mei 2024
📌Hari : Sabtu
🕑Masa : 7.30 Pagi – 11.00 Malam
📍Tempat: Fakulti Pendidikan
Antara aktiviti yang terdapat sepanjang Karnival Fakulti Pendidikan ialah:
1) Jom Kitar Semula
2) Jom Derma Darah
3) Saringan Kesejahteraan Minda
4) Permainan Sukan Rakyat
5) Pasar Klasik (Jualan Makanan & Food truck)
6) Pameran Bahan Bantu Mengajar
7) Pameran Rerurai UPS OKU, Tunas Permata, Makmal Pembelajaran Autisme
7) Malam Persembahan Klasik
dan banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jangan lupa untuk hadirkan diri dan jumpa anda semua di sana!
AJK PELAKSANA KARNIVAL FAKULTI PENDIDIKAN 2024
… See MoreSee Less
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗖𝗨𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜!
Sukacita dimaklumkan bahawa Tadika Tunas UKM, Fakulti Pendidikan akan menganjurkan Program Cuti Sekolah pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 30 Mei 2024
Hari : Khamis
Masa : 8.00 a.m – 5.00 p.m.
Tempat : Bangunan Tunas UKM
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan.
Justeru, ibu bapa yang berminat untuk anak menyertai program cuti sekolah ini boleh mengisi pautan link pendaftaran berikut :
– forms.gle/nY8y6XFUfFiwX1sA9
#FPENDkongsi #FakultiPendidikan #ukm #UniversitiWatanKita
… See MoreSee Less
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞
"Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani"
… See MoreSee Less
[𝗣𝗔𝗡𝗚𝗚𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥]
𝗞𝗘𝗥𝗧𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜
(International Conference on Community Education and Well-Being)
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENDIDIKAN DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI (International Conference on Community Education and Well-Being) (ICCEW 2024) pada 29 Jun 2024 (Sabtu). Tema Persidangan kali ini ialah “Melestarikan Pendidikan untuk Kesejahteraan Sejagat (Sustaining Education and Well-Being in Community)”.
Oleh yang demikian, pihak penganjur ingin menjemput pihak YBhg. Prof./Dato’ Indera/Dato’/Datuk/Prof. Madya/Ts./Dr./Tuan/Puan, untuk menghantar kertas kerja bersama-sama pelajar siswazah seliaan masing-masing untuk menyertai persidangan ini. Persidangan ini juga adalah terbuka kepada semua pensyarah/siswazah/pelajar Universiti Awam, Kolej dan Universiti Swasta serta Institusi Pendidikan Guru.
Untuk makluman, yuran pembentangan adalah RM100 untuk pelajar manakala bukan pelajar adalah RM150.
Pendaftaran dan penghantaran Abstrak boleh dilakukan melalui link berikut:
tinyurl.com/iccew2024
sebelum atau pada 16 Mei 2024 manakala Pengesahan Penerimaan Abstrak adalah pada 23 Mei 2024.
Penghantaran akhir kertas kerja dan pembayaran yuran adalah sebelum atau pada 6 Jun 2024.
Penerbitan
i. E-Prosiding Persidangan
ii. Makalah terpilih akan ditawarkan untuk terbitan di Jurnal Indeks ERA-Internatonal Journal of Academic in Progressive Education and Development dengan tambahan bayaran dan Jurnal Pusat Research in Community and Well-Being
Maklumat Pembayaran
Nama Akaun: Universiti Kebangsaan Malaysia
Nama Bank: CIMB Bank Bhd
No Acc: 8002234307
Kod Swift: CIBBMYKL
Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Bazri Mokhtar (Urus Setia) di talian 011-3225 9091. Ribuan terima kasih atas perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Dato’ Indera/Dato’/Datuk/Prof. Madya/Ts./Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini.
… See MoreSee Less
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗞𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗟𝗔𝗕𝗢𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗨𝗞𝗠 𝗱𝗮𝗻 𝗨𝗣𝗜
Tasik Malaya, Indonesia, 15 Mei 2024- Prof. Dr. Norasmah Othman (Pusat Kajian Kepimpinan dan Polisi Pendidikan) telah dijemput ke Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Kampus Tasik Malaya bagi melaksanakan beberapa siri program yang berkaitan keusahawanan dalam pendidikan. Kehadiran Prof. Dr. selaku Profesor Adjung telah disambut dengan penganjuran beberapa aktiviti seperti:
Kuliah Umum, Visiting Class dan Workshop penulisan buku bersama "Pengantar Kewirausahaan".
Prof. Dr. Norasmah Othman telah dilantik sebagai Profesor Adjung bermula tahun 2023. Kepakaran beliau amat diperlukan terutama bagi memperkasa Program Studi S1 Kewirausahaan dalam keahlian di bidang Entrepreneurship Education and Program Evaluation, Universitas Pendidikan Indonesia.
Aktiviti yang dijalankan ini merupakan sebahagian dari program-program yang dirancang di bawah jaringan strategik antara UKM dan UPI. Diharapkan dengan aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan hubungan kolaborasi diantara kedua-dua pihak.
#FPENDkongsi #fakultipendidikan #UKM #UniversitiWatanKita #SDG
… See MoreSee Less
Great contribution
𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 ♻
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Pendidikan dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan(PENDIDIK) akan menganjurkan Hari Derma Barangan Kitar Semula. Oleh itu, kami amat berbesar hati ingin menjemput warga Universiti Kebangsaan Malaysia untuk sama-sama datang menderma barangan-barangan yang boleh dikitar semula.
Ketetapan program adalah seperti berikut:
Tarikh: 15/5/2024-18/5/2024
Hari: Rabu hingga Sabtu
Waktu:
Slot Pagi: 9 pagi- 11 pagi
Slot Petang: 3 petang- 5 petang
Tempat: Gimnasium Dewan Budiman (Bawah Dewan Budiman), Fakulti Pendidikan, UKM
Jangan lupa untuk bawa barangan yang ingin dikitar semula. Apa yang boleh anda kitar semula?
𝙎𝙪𝙧𝙖𝙩 𝙠𝙝𝙖𝙗𝙖𝙧, 𝙩𝙞𝙣 𝙢𝙞𝙣𝙪𝙢𝙖𝙣/𝙖𝙡𝙪𝙢𝙞𝙣𝙞𝙪𝙢, 𝙩𝙞𝙣 𝙗𝙚𝙨𝙞, 𝙗𝙤𝙩𝙤𝙡 𝙥𝙡𝙖𝙨𝙩𝙞𝙠, 𝙠𝙤𝙩𝙖𝙠, 𝙬𝙖𝙮𝙖𝙧, 𝙠𝙖𝙩𝙧𝙞𝙟, 𝙩𝙤𝙣𝙚𝙧 𝙥𝙧𝙞𝙣𝙩𝙚𝙧 𝙙𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙞𝙣-𝙡𝙖𝙞𝙣 𝙡𝙖𝙜𝙞 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙙𝙞𝙠𝙞𝙩𝙖𝙧 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙡𝙖.
Dengan mengitar semula anda bukan sahaja dapat mengurangkan pencemaran alam malah dapat membantu melestarikan alam sekitar.
🎁 Barangan yang diderma akan ditimbang dan hadiah misteri menanti kepada mereka yang menderma paling berat .
🔴 Kepada pensyarah Fakulti Pendidikan yang berminat untuk menderma barangan kitar semula boleh menghubungi urus setia di bawah untuk sesi kutipan di bilik pensyarah:
📱Fatin – 0137287554
📱Afifah – 0135942061
📱Amira – 0173120091
Sekian, terima kasih.
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN (PENDIDIK)
SESI 2023/2024
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
… See MoreSee Less
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛!
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Ghafur atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UKM berkuat kuasa 13 Mei 2024.
Semoga terus cemerlang!
#FPENDkongsi #FakultiPendidikan #ukm #UniversitiWatanKita #SDG
… See MoreSee Less
𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗙𝗔𝗞𝗨𝗟𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡
Sukacita dimaklumkan Fakulti Pendidikan dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PENDIDIK) akan menganjurkan Karnival Fakulti Pendidikan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 18 Mei 2024
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 a.m. – 11.00 p.m.
Tempat : Fakulti Pendidikan
Pelbagai aktiviti menarik yang disajikan, antaranya:
1) Program Jom Kitar Semula
2) Jom Derma Darah
3) Saringan Kesejahteraan Minda
4) Permainan Sukan Rakyat
5) Pasar Klasik (Jualan Makanan & Food truck)
6) Pameran Bahan Bantu Mengajar
7) Malam Persembahan klasik
dan banyak lagi aktiviti yang menarik yang diadakan
Justeru, pihak Fakulti Pendidikan menjemput seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia untuk hadir bagi memeriahkan lagi karnival ini.
#FPENDkongsi #fakultipendidikan #UKM #UniversitiWatanKita #SDG
… See MoreSee Less
𝗪𝗢𝗥𝗗𝗪𝗘𝗔𝗩𝗘 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗨𝗔𝗚𝗘 𝗖𝗔𝗠𝗣 𝟮𝟬𝟮𝟰
Kuala Kangsar, 12 Mei 2024- Kolaborasi Strategik di antara Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kolej Komuniti Taiping diteruskan lagi pada tahun 2024 dengan penganjuran bersama program Wordweave Language Camp 2024. Program yang dikendalikan oleh pelajar TESL tahun 3 UKM ini melibatkan 109 orang peserta (13 institusi POLYCC) dan fasilitator yang terdiri daripada pelajar tahun 3 dari program Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Harwati Hashim dan Pn. Nur Yasmin Khairani Zakaria.
POLYCC yang terlibat adalah:
Kolej Komuniti Taiping, Kolej Komuniti Bagan Serai, Kolej Komuniti Batu Gajah, Kolej Komuniti Sungai Siput, Kolej Komuniti Teluk Intan,
Kolej Komuniti Bagan Datuk, Kolej Komuniti Chenderoh, Kolej Komuniti Pasir Salak, Kolej Komuniti Tapah, Kolej Komuniti Gopeng, Kolej Komuniti Ampang serta Politeknik Nilai dan Politeknik Banting.
Program yang berkonsepkan perkhemahan ini dianjurkan di bawah pengendalian kursus Teaching of Writing in an ESL Context dan telah dilaksanakan di D’Rumah Bonda River View, Kuala Kangsar selama 3 hari dari 10 hingga 12 Mei.
Sebanyak sepuluh (10) sesi yang melibatkan pelbagai kaedah untuk memantapkan penulisan dalam Bahasa Inggeris telah didedahkan kepada pelajar POLYCC. Program ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris serta membentuk kemahiran intrapersonal dalam menjalankan aktiviti yang diadakan.
Satu majlis penutupan menandakan berakhirnya program telah dijalankan pada 12 Mei 2024. Turut hadir pada majlis penutupan berikut adalah Pengarah Kolej Komuniti Taiping, En Aznur Anuar Bin Ab Azid serta Prof. Madya Dr. Harwati Hashim, Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Semoga program yang dijalankan membantu pelajar POLYCC dalam penguasaan Bahasa Inggeris mereka.
#FPENDkongsi #fakultipendidikan #UKM #UniversitiWatanKita #SDG
… See MoreSee Less
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔
Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Helmi Norman atas pelantikan semula sebagai Timbalan Pengarah (Teknologi Pengajaran) Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum berkuatkuasa 18 Jun 2024.
Semoga terus cemerlang!
#FPENDkongsi #FakultiPendidikan #ukm #UniversitiWatanKita #SDG
… See MoreSee Less
Tahniah kepada Assoc Prof Ts Dr Helmi Norman
Congrats Prof Helmi Norman
Congratulations Prof
Tahniah PM Dr Helmi..
Congratulations Prof Helmi Norman
Tahniah prof
Tahniah pm dr helmi
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔
Sekalung tahniah diucapkan kepada Lt. Kol Prof. Madya Mohd Jasmy Abd. Rahman atas pelantikan semula sebagai Pengarah Kesatria Universiti (KESATRIA-UKM) berkuatkuasa 18 Mei 2024.
Semoga terus cemerlang!
#FPENDkongsi #FakultiPendidikan #ukm #UniversitiWatanKita #SDG
… See MoreSee Less
Tahniah LKPM Mohd Jasmy!
Tahniah PM Mohd Jasmy
Tahniah🤳
Tahniah PM Mohd Jasmy
Congrats sir
Tahniah Lt. Kol. Prof. Madya Mohd Jasmy
Tahniah En Mohd Jasmy …
Tahniah prof
Tahniah
Tahniah Prof.
Tahniah Prof,bolehlah saya bawa kadet saya pi lawatan penanda aras sana😃
Tahniahhh…
Terbaik lt kol prof
Tahniah Tuan Mohd Jasmy
Tahniah!
Alhamdulillah..tahniah Prof Mohd Jasmy
Tahniah pm jasmy
Alhamdulilah Tahniah Prof Madya Mohd Jasmy
Tahniah prof.. Mohd Jasmy …
Alhamdulillah Tahniah Prof Mohd Jasmy
Tahniah Tuan Mohd Jasmy
Tahniah prof Mohd Jasmy
Taniah bos
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛!
Sekalung tahniah diucapkan kepada Profesor Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) atas pelantikan sebagaiPengerusi Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat (JKTTNCJINM) Universiti Awam berkuat kuasa 1 Mac 2024.
Semoga terus cemerlang!
#FPENDkongsi #FakultiPendidikan #ukm #UniversitiWatanKita #SDG
… See MoreSee Less
Tahniah Prof Dato'
Terima kasih Prof Dekan Mohd Mahzan Awang dan warga FPEND👍👍👍
Tahniah Prof Dato Ts Dr Norazah Nordin
Tahniah Prof Dato Dr Norazah
Tahniah Prof Dato Ts Dr Norazah Nordin
𝗠𝗘𝗥𝗜𝗔𝗛𝗡𝗬𝗔 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗙𝗔𝗞𝗨𝗟𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗞𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟰
Bangi, 10 Mei 2024- Telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan keceriaan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Fakulti Pendidikan UKM bertempat di Dewan Sutera, Kolej Ibu Zain. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan ukhwah dan silaturahim antara Fakulti Pendidikan dengan barisan jawatankuasa tertinggi UKM, alumni UKM, staf dan pelajar, serta meraikan aidilfitri bersama seluruh warga fakulti.
Fakulti Pendidikan UKM mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh penyumbang yang berbesar hati dalam memberikan tajaan dalam majlis ini. Semoga Tuhan memberkati dan merahmati kepada seluruh penyumbang.
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis ini. Kehadiran kesemua tetamu amat bermakna buat Fakulti Pendidikan. Semoga majlis ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.
#FPENDkongsi #FakultiPendidikan #ukm #UniversitiWatanKita #SDGs
… See MoreSee Less
Terima kasih FPEND 😍
𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗨𝗞𝗠 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗣𝗣𝗟𝗜𝗘𝗗 𝗦𝗖𝗜𝗘𝗡𝗖𝗘 𝗣𝗥𝗜𝗩𝗔𝗧𝗘 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗬 (𝗔𝗦𝗨), 𝗝𝗢𝗥𝗗𝗔𝗡
Bangi, 7 Mei 2024- Satu Memorandum Persefahaman (MoU) antra Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Applied Science Private University (ASU), Jordan.MOU ini diselaraskan oleh Dr Hanita Hanim Ismail, pensyarah daripada Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran.
Tujuan kerjasama ini adalah usaha untuk memperkukuh, mempromosi dan membangunkan kerjasama akademik dan penyelidikan, latihan serta penyebaran budaya antara kedua-dua universiti.
Pemeteraian MoU yang melibatkan Fakulti Pendidikan UKM ini diadakan secara dalam talian di Bilik Majlis dengan menyaksikan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin sebagai wakil UKM dan Prof. Samiha Suhail Shafiq Jarrah, Presiden ASU menandatangani dokumen MoU tersebut.
Melalui kerjasama ini, kedua-dua universiti bersetuju untuk mengadakan pertukaran pelajar dan ahli akademik melalui program mobiliti, pertukaran maklumat mengenai amalan terbaik, pengetahuan dan kepakaran, kerjasama dalam penyelidikan dan penerbitan dalam bidang pengajaran bahasa Inggeris, kerjasama dalam penganjuran persidangan antarabangsa, seminar, bengkel dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan yang dapat memberi kepentingan secara bersama.
Majlis pemeteraian MoU ini turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Pendidikan, Prof Dr Mohd Mahzan Awang dan para Timbalan Dekan serta pensyarah bidang pendidikan Bahasa Inggeris.
#FPENDkongsi #fakultipendidikan #UKM #UniversitiWatanKita #SDGs
… See MoreSee Less
Warga FPEND
PROFESSOR
Pencapaian FPEND 2022
Pusat-Pusat Kajian di FPEND
MATLAMAT PENDIDIKAN
Fakulti Pendidikan bertujuan untuk memperluas pengetahuan semasa ke arah perubahan paradigma yang akan memperkasa dan meningkatkan profesion keguruan, serta meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu semasa dalam pendidikan.
WEBSITE INI MESRA OKU!
Hampir 1 billion pengguna internet di seluruh dunia merupakan warga kurang upaya.
JOM BERSAMA KAMI
Peneraju Inovasi Pendidikan
Bersama Kita Cemerlang
NO. PEJABAT AM
+603 8921 6237 / 6461 / 6238
FAKSIMILI
+603 8925 4372
EMEL
info_fpend@ukm.edu.my
Isnin-Khamis
08:00 pagi – 01:00 tengahari
02:00 petang – 05:00 petang
Jumaat
08:00 pagi – 12:15 tengahari
02:45 petang – 05:00 petang
Kami sedia membantu
Alumni
"Tuntutlah Ilmu. Disaat kamu miskin , ia akan menjadi hartamu. Disaat kamu kaya, ia akan menjadi perhiasanmu."
"Hasil tertinggi dalam pendidikan adalah toleransi kerana kepersamaan hanya wujud jika faham perbezaan"
"Academic must endeavour in continual research, teaching, practicing and servicing for the community"
"Kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal, tetapi daripada semangat yang tidak pernah mengalah "
"SUDIR: Sense of purpose, Understand the situation, Develop the best strategy, Invest time & effort, Review. "
"Jadilah seorang yang boleh membawa perbezaan"