Majlis Penyerahan Sumbangan Etiqa General Takaful Berhad kepada UKM

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat UKM telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Etiqa General Takaful Berhad kepada UKM bertempat di Bilik Majlis, Bangunan Canselori UKM.

Pihak Etiqa General Takaful Berhad telah menyalurkan dana bagi pembelian peralatan perubatan di Pusat Kesihatan UKM dan untuk pembinaan Telaga Tiub dan tangki air di Masjid As-Syakirin, Kampung Baru Lanjut, Salak Tinggi Sepang dengan jumlah keseluruhan tajaan sebanyak RM297,500.00.

Penyampaian ‘mock cheque’ dan peralatan perubatan kepada UKM itu disampaikan oleh Prof. Datin Dr. Rusni Hassan, Ahli Lembaga Pengarah Etiqa General Takaful Berhad.

Tahniah kepada PM Dr Hariri Arifin di mana pendanaan oleh Takaful Etiqa ini adalah atas inisiatif yang telah dibuat oleh beliau.

Turut hadir, Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Pro Naib Canselor Penjanaan dan Prasarana UKM; Prof. Chemist Dr. Ishak Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi; Prof. Ts. Dr. Faizal K.P. Kunchi Mohamed, Pengarah Yayasan Canselor; dan Dr. Mohd Azman Abas; Pengarah Pusat Kesihatan.