Tahniah Dr Ester Salimun di atas penganugerahan Anugerah Olahragawati Kakitangan UKM 2022

Majlis Apresiasi Sukan 2022 berlangsung dengan gilang-gemilang bagi meraikan atlet UKM yang telah berbakti dan menunjukkan prestasi cemerlang dalam mengharumkan nama UKM dalam bidang sukan.

Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Apresiasi Sukan 2022 mengucapkan tahniah kepada Pusat Sukan atas kejayaan menganjurkan semula program ini secara bersemuka dan sentiasa proaktif dalam meningkatkan mutu penganjuran kejohanan sukan di UKM.

Bekas Atlet Olahraga Negara, Encik Nazmizan Muhammad turut hadir bagi memeriahkan majlis ini dengan perkongsian pengalamannya selama beliau berkecimpung dalam bidang sukan.

Pada majlis ini, Pengerusi Yayasan Azman Hashim, Tan Sri Azman Hashim telah menerima anugerah Khas Apresiasi Sukan diatas segala sumbangannya. Yayasan Azman Hashim juga turut menyumbangkan sebanyak RM6, 648, 000 kepada tabung endowment UKM.

Encik Mohd Muqlis Borhan dan Dr Ester Salimun dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kakitangan. Sementara itu, Faiz Rozain dan Nur Dhabitah Sabri dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Pelajar.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Pekan Ramli, Pendaftar, Dato' Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla, Bendahari, Encik Mohd Azli Mohd Kasirun, Pro-Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana), Prof. Dr. Norhamidi Muhamad dan Ketua Pegawai Belia dan Sukan Kanan menjalankan Tugas Pengarah Pusat Sukan UKM, Encik Abdul Wahab Hashim.

#UKM
#UKMSharing
#UniversitiWatanKita