Isteri PM Jepun Lawat PermataPintar Negara

04
Oleh Radzuan Ghazali
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 24 November 2015 – Isteri Perdana Menteri Jepun, Puan Akie Abe sempat mengunjung PusatPermata Pintar di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 20 November lalu.

Kunjungan beliau diiringi isteri Perdana Menteri Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor, yang merupakan penaung pusat tersebut.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof Dr Imran Ho Abdullah, Pengarah Pusat Permatpintar UKM, Prof Datuk Noriah Mohd Ishak, PerundingPermata Pintar, Prof Emerita Tan Sri Dr Sharipah Hapsah Syed Hasan Shahbudin, kakitangan serta pelajar Pusat Permatapintar.

Taklimat mengenai pembangunan Permatapintar disampaikan oleh Prof Emerita Tan Sri Dr Sharifah Hapsah.

Akie Abe turut menyaksiakan tiga persembahan olejh kanak-kanak Permata Negara yang menyampaikan Tarian Penguin dan Arnab, persembahan Pemikiran  Arithmetik dari Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia dan tarian seri rampai Warna-Warna Malaysia oleh program Permata Pintar.

Beliau juga turut melawat pameran oleh pelajar-pelajar PemataPintar di Foyer Auditoriam Permatapintar.

Isteri Pernana Menteri Jepun itu berada di Malaysia kerana suami beliau menghadiri Persidangan Ketua-ketua Negara Asean yang berlangsung dari 18 hingga 22 November 2015.

Pusat PermataPintar Negara adalah satu-satunya pusat kecemerlangan di Malaysia yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar-pelajar pintar dan berbakat dari seluruh tanah air dan memberikan mereka peluang untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka.

Ia ditubuhkan pada tahun 2009 dibawah pentadbiran Fakulti Pendidikan dan kemudiannya telah menjadi Pusat Tanggung Jawab sendiri pada tahun 2010 di bawah Canselori.ukmnewsportal-bm

02

06

05