Rakyat Malaysia Perlu Makan Lebih Buah-buahan – Pakar Sains Makanan

1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto  Ikhwan Hashim, Kementerian Kesihatan

BANGI, 2 Oktober 2015 – Rakyat Malaysia perlu makan lebih banyak buah-buahan untuk membantu mengurangkan obesiti serta menghindarkan penyakit-penyakit lain yang ada kaitan dengan gaya hidup.

Kajian epidemiologi menunjukkan bahawa buah-buahan mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan strok dan boleh mencegah barah dan melambatkan proses penuaan, kata Prof Aminah Abdullah, pakar bidang Sains Makanan di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Buah-buahan, seperti mana sayur-sayuran, dianggap sebagai makanan pelindung yang mengandungi vitamin, galian dan serat, tetapi kini lebih penting kerana kandungan anti-oksidan, kata Prof Aminah.

“Obesiti adalah penyakit, bukan satu pilihan. Obesiti adalah penyakit yang  mana diet tidak betul. Obesiti telah meningkat di Malaysia sejak tahun 2011. Pada tahun 2014,  49% wanita dan 44% lelaki didapati obes.

Buah-buahan adalah sebahagian daripada makanan berfungsi yang termasuk tanaman khusus, buah-buahan pokok, buah beri, ubi berwarna dan sayur-sayuran.

“Ada juga ‘buah super’ yang mengandungi anti-oksidan, anti-penuaan, dan anti-keradangan di samping memelihara penglihatan. Beberapa contoh adalah pear, tembikai dan durian Belanda.

“Pisang adalah buah-buahan mudah didapati dan mencegah bisul, sekurang-kurangnya terhadap ulser di perut. Ia menghindarkan sembelit, kemurungan dan strok. Buah-buahan mengandungi kurang lemak atau protein,” katanya.

Jambu Batu juga menarik banyak perhatian kerana ciri-ciri anti-oksidan  dan anti kencing manis.

Dalam ceramah beliau bertajuk Buah: Pendekatan semasa untuk mengekalkan kesihatan yang optimum, beliau kita memerlukan sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan sehari dan tiga sayur-sayuran sebagai sebahagian daripada makanan untuk mengekalkan kesihatan.

“Di seluruh dunia ramai orang yang tidak cukup makan buah-buahan. Terdapat tujuh buah dinyatakan secara khusus dalam al-Quran yang menawarkan pelbagai manfaat bagi kesihatan; buah tin, buah zaitun, kurma, delima, anggur dan buah Bidara. Buah-buahan seperti epal kadang-kadang tidak lagi selamat kerana kehadiran sisa racun perosak dan bahan cemar lain,” kata Prof Aminah pada syarahan umum beliau di sini pada 29 September.
piramid

Kadangkala, kata beliau, buah-buahan dan sayur-sayuran boleh diproses menjadi produk yang lebih menarik seperti jus dan minuman, bentuk bar  berkhasiat dan lazat dan produk inovatif yang lain.

Kata beliau, semua negara, termasuk Malaysia, menyediakan garis panduan yang merupakan ‘Piramid Makanan’ yang mana mengesyorkan seseorang itu makan sekurang-kurang dua sajian buah-buahan setiap hari tetapi kurangkan makan garam, lemak, minyak dan gula.

“Buah-buahan mengandungi gula fruktosa (sirap jagung) dan glukosa – gula ringkas yang mudah diserap berbanding sukrosa, yang merupakan gula kompleks diproses yang kurang sihat kerana ia tidak mudah diserap.  Sukrosa memerlukan enzim sucrase untuk memecahkannya kepada dua gula ringkas atau monosakarida. Ia adalah lebih mahal daripada sirap jagung dan menyebabkan kerosakan gigi.

“Jika anda tidak mengidap kencing manis, makan sebanyak (buah-buahan) yang anda boleh. Tetapi jumpa doktor terlebih dahulu,” beliau nasihatkan.

Turut hadir pada ceramah umum Prof Aminah ialah Dekan FST Prof Dr Sahrim Hj Ahmad dan Timbalan Dekan Prof Dr Rusli Daik.ukmnewsportal-bm

2

3

4