Sebarkan Minat Inovasi Dan Sains Untuk Kemapanan Sosio-Ekonomi

Sebarkan Minat Inovasi Dan Sains Untuk Kemapanan Sosio-EkonomiOleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

PUTRAJAYA, 11 Jun 2015 – Malaysia perlu memperkasakan bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) untuk pertumbuhan sosio-ekonomi dengan meningkatkan kreativiti dan inovasi serta mengukuhkan pasaran penyelidikan dan pembangunan sumber.

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dato Sri’ Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata negara juga perlu menyebarkan teknologi baru; membangun dan menarik bakat; meningkatkan kesedaran STI dan mengukuhkan kerjasama antara rakan kongsi.

Dr Noorul Ainur berkata MOSTI tidak bersendirian dalam menggalakkan penyertaan sosial dalam dasar awam kerana kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain telah melaksanakan jalinan dasar sosial dengan kerjasama ahli akademik, industri dan masyarakat awam.

“Sebenarnya semua kementerian dan agensi adalah melibatkan rakyat. Apabila melibatkan rakyat, secara tidak langsung ia melibatkan sosial. Ini adalah di mana dasar sosial sebenarnya terkait di semua kementerian atau agensi kerana kami memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Di Malaysia, kita mempunyai banyak dasar sosial, termasuk di semua kementerian dan agensi, tetapi persoalannya ialah prestasi setiap dasar sosial dilaksanakan sama ada pada masa itu dasar sosial tersebut relevan atau tidak untuk penilaian dan pemantauan prestasi,” katanya.

Beliau berkata jika dasar sosial tidak relevan pada masa itu, kementerian atau agensi perlu mengubah dan mesti mempunyai pandangan lain tentang polisi.

“Ini bermakna kita perlu berubah untuk menyesuaikan keadaan sekarang, itu yang pertama. Yang kedua ialah apabila kita bercakap tentang dasar sosial, contohnya dasar untuk membasmi kemiskinan, kita perlu memastikan dasar itu tidak dalam satu saiz bagi semua polisi. Ini bermakna dasar di Sabah adalah berbeza dengan dasar yang dilakukan di negara-negara di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Dr Noorul Ainur bercakap kepada pemberita selepas pelancaran Bengkel Menggalakkan Penyertaan Sosial melalui Dasar Awam di Malaysia dan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) Antara Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan UNESCO di sini pada 8 Jun 2015.

Turut hadir ialah Naib Canselor UKM, Prof Dato’ Dr Noor Azlan Ghazali, Ketua Sosial Sains Kemanusiaan UNESCO Jakarta, Irakli Khodeli dan Pengarah IKMAS, Prof Dr Rashila Ramli.

Sementara itu, Prof Noor Azlan berkata penyertaan sosial bukan tentang kebajikan, tetapi ia merentasi setiap aspek ekonomi, sosial dan sains.

“Oleh itu, dasar ini telah melintasi semua spektrum jalan dan saya percaya bahawa pakar dari pelbagai disiplin ada di sini. Jadi kita melihat dalam penyertaan sosial dari perspektif ini,” katanya.

Prof Rashila berkata MOA adalah untuk melihat rangka kerja UNESCO untuk penyertaan sosial dan  terdapat banyak perimeter yang boleh diukur untuk tujuan itu.

“Kami akan melihat tahap mana yang boleh diguna pakai bagi keadaan sekarang ini dan pada masa yang sama kami juga diberi input sendiri dan InsyaAllah menjelang akhir tahun ini apabila mempunyai input yang sangat baik pada perbincangan sub kumpulan kami, kami akan berkongsi untuk pihak yang berkepentingan.

“Jadi pihak berkepentingan termasuk kementerian dan NGO (Badan Bukan Kerajaan) merentasi seluruh negara mencari input untuk tujuan ini. Bukan hanya UKM sahaja terlibat, tetapi turut melibatkan perkongsian dengan universiti lain,”kata beliau.

Beliau berkata, kini UKM dan UNESCO telah menjadi rakan kongsi kebangsaan.

“Kami melihat kepada kepakaran berkenaan untuk membangunkan rangka kerja sendiri untuk analisis dan kami akan berusaha memperbaiki equi frame yang merupakan satu model yang boleh digunakan, tetapi itu pun sebaik sahaja kami pergi ke bengkel dan berada dalam sub kumpulan yang berbeza.

“Dari situ kami akan lihat sama ada ia sesuai dengan konteks atau tidak. Jadi inilah perkara-perkara yang boleh dihantar menjelang akhir projek tersebut,” jelas beliau.

Sebarkan Minat Inovasi Dan Sains Untuk Kemapanan Sosio-Ekonomi_1