Sokongan Pensyarah Muda Penting Untuk Kecermelangan Universiti


Oleh Alyani Azhar
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 16 OGOS 2017- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memerlukan sokongan pensyarah muda untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa hadapan, kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman.

“UKM perlukan sokongan daripada semua penyarah untuk membantu universiti meningkatkan kualiti bidang penyelidikan dan pembangunan,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Program Bicara Penyelidikan 4.0, baru-baru ini.

Beliau berkata sokongan pensyarah muda menjana kecemerlangan akademik universiti dan beliau menyarankan agar semua pensyarah meningkatkan penghasilan jurnal dan penyelidikan yang berkualiti tinggi.

“Mereka (pensyarah muda) perlu bekerjasama meningkatkan penghasilan artikel jurnal.

“Mengikut statistik, penerbitan jurnal paling rendah adalah dari Fakulti Perubatan,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap agar pensyarah muda dapat meneruskan agenda penyelidikan dan pembangunan di UKM untuk mengekekalkan UKM sebagai Universiti Penyelidikan terbaik.

“Saya berharap agar mereka (pesnyarah muda) dapat meneruskan agenda universiti untuk memastikan UKM mendapat pencapaian terbaik dalam penilaian Malaysian Research Assessment (MyRA),” katanya.