Penyelidik UKM mengasilkan enjin transliterasi skrip Jawi

ISNIN, 09 OGOS 2010 18:19
Oleh Shahfizal Musa

BANGI,  9 Ogos 2010 – Para Penyelidik Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menghasilkan satu enjin transliterasi tulisan Rumi ke Jawi.

Berucap di sidang kelima upacara konvokesyen UKM yang ke 38 hari ini, Naib Canselor, Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata enjin transliterasi itu, dipanggil TERUJA dapat mentransliterasi sebarang laman web bahasa Melayu yang menggunakan tulisan Rumi kepada tulisan Jawi tanpa mengubah struktur laman web tersebut.

Beliau berkata,“Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat adalah salah satu fakulti yang giat membawa hasil penyelidikan ke peringkat pengkomersialan”. Ia juga turut memberi manfaat yang besar kepada masyarakat, terutama di kawasan miskin di bandar-bandar.

Pada konvokesyen di hari ketiga ini UKM menganugerahkan sarjana dan sarjanamuda kepada graduan Fakulti Pengajian Islam (FPI), Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat dan Institut Islam Hadhari (Hadhari), Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) dan Fakulti Pendidikan (FPEND).

Seramai 2066 orang menerima Ijazah  sarjana  dan sarjana muda pada hari ini dari lima fakulti itu seperti berikut:

Anugerah FPI HADHARI FTSM FSKB

FPEND

Sarjana

65 2 33 55

137

Sarjana Muda

638 208 501

427

Graduan dari Fakulti Pengajian Islam, Syakirah binti Edrus telah menerima Anugerah Tun Razak pada upacara itu.

Upacara hari ini juga menyaksikan mantan Naib  Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) , Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengajian Islam) sebagai pengiktirafan atas sumbangannya kepada perkembangan Syiar Islam di Malaysia.

Prof Shukor adalah pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan. Beliau pernah menjadi dekan Fakulti Islam UKM.

Juga menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah hari ini, ialah Dato’ Johari Salleh yang dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kesenian) atas sumbangan beliau kepada pembangunan industri muzik negara dan seni musik di UKM.

Prof Sharifah Hapsah dalam ucapannya menerangkan bahawa satu lagi projek Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat ialah Mytuition yang diujudkan untuk membantu pelajar lemah dan yang mempunyai pencapaian lemah dalam pelajaran mereka selain memperkukuhkan pelajar pintar.

UKM, katanya, mampu membuat pencapaian ini kerana ia sentiasa membuat perubahan untuk mengambil amalan yang terbaik dan menerapkannya untuk mencapai kecemerlangan.

“UKM sentiasa menanda aras amalannya dengan institusi dan organisasi terbaik dunia”  tambah beliau.

Hasil daripada prinsip tersebut UKM telah melahirkan Ahli Akademik yang disegani di tahap antarabangsa dan diberi tanggung jawab untuk menjalankan persidangan antarabangsa.

Beliau memberi contoh penglibatan UKM dalam penganjuran persidangan antarabangsa baru-baru ini,  International Association for Organisational Innovation.

“Sehubungan itu kita bangga Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa  Prof. Dato’ Ir Dr. Hassan Basri dianugerah Outstanding Professor award atas daya usaha kolaborasi tersebut, ” kata beliau.

Manakala Fakulti pengajian Islam UKM pula menerajui penyelidikan dalam bidang dakwah, kerohanian, pembangunan Islam, ilmu wahyu, turath Islam, keagamaan dan pemikiran Islam, kebudayaan Arab, peradaban, perundangan dan muamalat.

 “Dalam tempoh lima tahun kebelakangan, fakulti ini memperoleh dana penyelidikan bernilai kira-kira RM10 juta,” katanya.

Manakala penyelidik FPEND telah diberi pengiktirafan besar oleh Perdana Menteri apabila Fakulti dipilih untuk bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program PERMATA pintar bagi kanak-kanak pintar cerdas.

Sebuah pusat PermataPintar telah ditubuhkan manakala sebuah sekolah PermataPintar sedang dibina dengan peruntukan Kerajaan dalam kampus UKM yang akan beroperasi pada Januari depan.

Buat pertama kalinya tahun ini FSKB  melahirkan 20 graduan sulung sarjana muda dalam bidang sains forensik dengan kepujian. FSKB telah menerajui beberapa program yang memberi kehidupan baru serta menerajui beberapa bidang khusus dalam perubatan.

“Ini termasuk implant koklear, program intervensi bagi kanak-kanak yang bermasalah pendengaran serta Makmal Pembuatan Mata Palsu atau Mata Prostetik. Makmal yang  beroperasi pada 31 Mac 2010 merupakan makmal pertama di Malaysia yang menggunakan teknik eksklusif dalam pembuatan mata palsu” kata Naib Chancellor .