Minggu Mesra Pelajar ASASIpintar 2013-14
Minggu Mesra Pelajar Program ASASIpintar UKM 2013-14 akan bermula pada 29 Mei 2013 dan berakhir pada 31 Mei 2013.
Teruskan membaca ...Minggu Mesra Pelajar ASASIpintar 2013-14
UJIAN UKM1 (1 Feb - 31 Mei 2013)

Ujian ini dijalankan mulai 1 Februari hingga 31 Mei 2013. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat yang dikendalikan oleh pusat ini dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.
Ujian ini adalah percuma dan boleh diambil di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet.
*Nota:
1. Bagi pelajar yang pernah mengambil ujian UKM1 pada tahun-tahun yang lepas, setelah memasukkan nombor mykad/mykid, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pelajar, maklumat sekolah (jika berpindah sekolah) dan maklumat keluarga (supaya pihak pengurusan PERMATApintar, KPM/JPN/PPD dapat menghubungi keluarga pelajar bagi urusan ujian UKM2 dan tawaran ke program perkhemahan cuti sekolah).
PERMATApintar SECARA RINGKAS
Pusat PERMATApintar Negara adalah satu-satunya pusat kecemerlangan di Malaysia yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar-pelajar pintar dan berbakat dari seluruh tanah air dan memberikan mereka peluang untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka.
Usaha ini perlu dijalankan kerana pelajar-pelajar ini adalah aset negara yang sangat berharga. Kegagalan mengenalpasti pelajar-pelajar ini boleh menyebabkan negara kehilangan tenaga kerja yang sangat berharga, samada kerana mereka tercicir dari arus pendidikan, atau mereka berhijrah ke negara luar yang menawarkan ganjaran serta peluang pendidikan yang lebih baik.

Malaysia memerlukan lebih ramai pakar-pakar saintis, teknokrat, pemikir, dan nobel laureate di masa akan datang sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran yang tidak terfikir oleh masyarakat hari ini. Semoga ada di antara lulusan pusat ini yang dapat memenuhi keperluan berkenaan.








