Soalan Lazim
-
Apakah program pengajian pascasiswazah yang ditawarkan di UKM?
UKM menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat pascasiswazah. Maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan, sila klik di SINI
-
Bilakah pengambilan untuk program pengajian pascasiswazah ditawarkan?
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa permohon untuk mengikuti program pengajian yang ditawarkan. Pengambilan dibuat dua kali setahun iaitu pada Oktober (kemasukan Mac tahun berikutnya) dan April (kemasukan Oktober). Permohonan dibuka sepanjang masa.
-
Berapa semester pengajian dalam setahun?
Terdapat dua (2) semester pengajian dalam setahun.
-
Berapakah kadar yuran pengajian untuk setiap semester?
Kadar yuran untuk pelajar tempatan dan antarabangsa adalah seperti di pautan berikut: http://www.ukm.my/portal/pascasiswazah/
Sila lihat kadar yuran mengikut program dan kursus pilihan anda.
-
Berapakah bilangan semester minimum dan maksimum untuk pengajian peringkat PhD dan Sarjana?
Bilangan semester minimum pengajian untuk peringkat PhD adalah enam (6) semester untuk sepenuh masa dan lapan (8) semester untuk separuh masa. Bilangan semester maksimum untuk peringkat PhD adalah dua belas (12) dan untuk sepenuh masa dan empat belas (14) untuk separuh masa.
Untuk pengajian peringkat Sarjana, bilangan semester minimum adalah dua (2) semester untuk sepenuh masa dan empat (4) semester untuk separuh masa. Bilangan semester maksimum untuk pengajian peringkat Sarjana adalah empat (4) manakala untuk separuh masa adalah lapan (8).
-
Bolehkah seseorang calon menukar bentuk pengajiannya daripada sepenuh masa ke separuh masa atau sebaliknya?
Boleh, tertakluk kepada peraturan siswazah serta persetujuan pihak Fakulti/Institut.
-
Adakah sebarang keperluan kursus Bahasa Inggeris seperti IELTS dan TOEFL sebelum memasuki ke program Sarjana atau PhD di UKM?
Keperluan kursus Bahasa Inggeris IELTS atau TOEFL adalah untuk pelajar – pelajar antarabangsa yang tertakluk kepada peraturan siswazah dan pihak Fakulti/Institut.
-
Adakah dibenarkan sekiranya calon untuk program PhD melantik pensyarah diluar UKM sebagai Penyelia?
Pensyarah daripada luar UKM boleh dilantik sebagai Penyelia Bersama dengan persetujuan Penyelia Utama dan Dekan.
-
Jika saya seorang graduan dalam bidang Biologi, bolehkah saya melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan?
Boleh, dengan mengikuti program pengajian secara penyelidikan dan tertakluk kepada persetujuan Penyelia.
-
Bolehkah seseorang calon yang telah menyiapkan tesisnya lebih awal daripada tempoh minimum pengajian menyerahkan tesisnya untuk pemeriksaan?
Boleh, dengan syarat:
- mendapat perakuan daripada Fakulti/Pusat Pengurusan Siswazah; dan
- telah menerbitkan sekurang-kurangnya dua (2) makalah dalam jurnal berimpak tinggi yang berkaitan dengan penyelidikannya atau jurnal-jurnal lain atau penerbitan makalah yang diiktiraf oleh Senat;
Di samping itu, mungkin ada syarat – syarat lain yang perlu dipenuhi oleh calon.
-
Adakah pihak UKM menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajarnya? Jika ya, bagaimana cara untuk memohon biasiswa tersebut dan apakah syarat-syaratnya?
UKM tidak menawarkan sebarang biasiswa kepada pelajar-pelajarnya. Walau bagaimanapun, UKM mempunyai Skim Zamalah untuk pelajar – pelajar yang terpilih. Di samping itu juga, UKM memberikan bantuan kewangan kepada Pembantu Penyelidik Siswazah (Graduate Research Assistantship).Untuk Skim Zamalah, calon yang memohon perlu mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan mempunyai potensi sebagai penyelidik. Untuk Pembantu Penyelidik Siswazah, calon perlu menghubungi penyelia yang berkenaan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan oleh penyelia tersebut.
-
Apakah pusat yang bertanggungjawab menguruskan operasi akademik pengajian siswazah di UKM?
Terdapat dua pusat tanggungjawab yang menguruskan operasi siswazah.
Untuk urusan kemasukan pelajar, pendaftran dan penjadualan, peperiksaan dan pengijazahan, rekod pelajar dan urusan senat, ia diuruskan oleh Pusat Pengurusan Akademik. Sila layari www.ukm.my/akademik untuk maklumat lanjut atau hubungi +603-89118455
Bagi pertanyaan mengenai status permohonan dan surat tawaran, ia diuruskan di fakulti dan institut masing-masing. Sila layari laman sesawang http://www.ukm.my/portal/fakulti atau http://www.ukm.my/portal/institut.