Mengenai Pusat Siswazah

Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil.9/2014 (03 Jun 2014) telah meluluskan penstrukturan semula Pusat Pengurusan Siswazah kepada Pusat Siswazah (PS) sebagai pusat yang bertanggungjawab kepada perancangan dan pembangunan stategik bagi memperkasakan pengajian siswazah selaras dengan taraf UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan.

 

Peranan Pusat Siswazah

  1. Bertindak sebagai pusat yang memangkin program pengajian pascasiswazah bersifat multidisiplin yang memenuhi kehendak pasaran dan memberi impak signifikan kepada industri dan masyarakat; 
  2. Bertindak sebagai pusat strategi bagi menilai keberkesanan sistem dan dasar pengajian siswazah serta mencadangkan tindakan yang relevan untuk memperkasakan pengajian siswazah di UKM;
  3. Bertindak sebagai pusat latihan yang menawarkan bimbingan, latihan dan rundingan akademik untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran siswazah bagi menjamin kecemerlangan pengajian di UKM; 
  4. Bertindak sebagai pemangkin untuk meningkatkan kompetensi dan memperlengkapkan pelajar pascasiswazah dengan pendedahan kerjaya dan keusahawanan melalui program bersama dengan PTj yang berkaitan;
  5. Bertindak sebagai badan eksekutif tadbir urus Universiti dalam memastikan kualiti Pendidikan Sarjana dan Kedoktoran terjamin melalui pembangunan garis panduan dan peraturan yang berkaitan dengan pengajian siswazah;
  6. Bertindak sebagai pusat yang menyediakan latihan untuk memantapkan proses penyeliaan kepada ahli akademik dan kakitangan secretariat siswazah fakulti dan institut di UKM; 
  7. Bertindak sebagai pusat hebahan sumber kewangan dari dalam dan luar UKM serta menguruskan hal ehwal berkaitan biasiswa di peringkat universiti; 
  8. Bertindak sebagai sekretariat anugerah akademik untuk pelajar pascasiswazah UKM;
  9. Bertindak sebagai penganjur Hari Informasi pascasiswazah kepada pelajar siswazah pada setiap semester.