Centre for Academic Management Cluster 2

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Anugerah Hadiah Buku Inovasi MTDC 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa proses pencalonan Anugerah Hadiah Buku Inovasi MTDC 2022 telah dibuka pada 30 Jun 2022 sehingga 4 Ogos 2022. Pelajar pascasiswazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam penyelidikan Sains Sosial yang akan bergraduat pada November 2022 dan memenuhi kriteria permohonan adalah dijemput untuk membuat permohonan.

Fakulti/Institut dengan ini dijemput untuk memaklumkan hebahan pembukaan ini kepada semua kakitangan akademik dan seterusnya kepada para pelajar pascasiswazah yang layak.

Calon yang layak boleh membuat permohonan kelak di pautan https://bit.ly/MTDC2022

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada awardsandscholarship@ukm.edu.my dengan menamakan tajuk emel “Pertanyaan Mengenai Hadiah Buku Inovasi MTDC 2022”.

Dokumen penting untuk rujukan adalah:

  1. Garis Panduan Anugerah Hadiah Buku Inovasi MTDC 2022
  2. Carta Alir Anugerah Hadiah Buku Inovasi MTDC 2022
  3. Panduan Permohonan Hadiah Buku Inovasi MTDC 2022

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
awardsandscholarship@ukm.edu.my

Urus Setia Anugerah Emas Kedoktoran dan Sarjana
Pejabat Pengarah Pusat Siswazah
Aras 3, Bangunan Tun Fatimah Hashim
Universiti Kebangsaan Malaysia