JEMPUTAN KE SESI TAKLIMAT MYBRAIN15 SIRI 2

JEMPUTAN KE SESI TAKLIMAT MYBRAIN15 SIRI 2

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Malaysia dengan rasminya telah membuka permohonan biasiswa MyBrain 15 bermula 1 Mac sehingga 31 Mac 2018.

Sehubungan dengan itu, Pusat Siswazah akan mengadakan sesi taklimat berkaitan proses permohonan kepada semua pelajar yang ingin memohon biasiswa MyBRAIN15.

Pelajar tahun akhir Prasiswazah PNGK 3.00 ke atas dan pelajar sarjana yang telah menghantar tesis adalah digalakkan untuk hadir mendengar taklimat dan penerangan yang akan diberikan oleh Pusat Siswazah pada:

Tarikh : 12 Mac 2018 (Isnin)
Masa: 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Dewan Kuliah Utama, Pusat Siswazah UKM

Pendaftaran kehadiran bagi sesi taklimat ini boleh dibuat melalui google form yang disediakan. Sila klik https://goo.gl/forms/NQuReZts1VaaptSf2

Bagi maklumat lanjut berkaitan syarat-syarat boleh lawati laman sesawang Mybrain15 di bawah:

MyMaster – https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/index_mymaster2018.php

MyPhD – https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/index_myphd2018.php

Sumber – https://biasiswa.mohe.gov.my/biasiswa/index.php

Laman Rasmi dan link untuk permohonan : https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/

Facebook Mybrain15 – https://web.facebook.com/MyBrain15-KPT-451125938340699/

Terima kasih.