Tazkirah Ramadhan Pusat Siswazah UKM Siri 1/2018: Islam dan Keinsanan Dalam Revolusi Industri ke-4 (4IR)

Tazkirah Ramadhan Pusat Siswazah UKM Siri 1/2018:
Islam dan Keinsanan Dalam Revolusi Industri ke-4 (4IR)

Para Pelajar Pascasiswazah Yang Dihormati,

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Tazkirah Ramadhan Pusat Siswazah UKM Siri 1/2018: Islam dan Keinsanan Dalam Revolusi Industri ke-4 (4IR)

Untuk makluman Tuan/Puan, Tazkirah ini akan disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj. Othman dari Institut Islam Hadhari. Tazkirah Ramadhan ini akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu.

Butiran program seperti berikut:-

Tarikh : 22 Mei 2018 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 Tengah Hari
(Pendaftaran akan bermula jam 8.45 pagi)
Tempat : Dewan Seminar, Pusat Siswazah UKM
Yuran : PERCUMA

Marilah sama-sama kita mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan menimba ilmu dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Untuk pendaftaran sila klik https://goo.gl/p7GPKw

Terima kasih.