Visi, Misi, Objektif dan Peranan

Visi – Menjadikan UKM sebagai pusat ilmuan terpilih yang menghasilkan graduan siswazah beridentiti nasional, berkompeten dan berdaya saing inovasi untuk pembangunan negara dan masyarakat.

Misi – Terkehadapan dalam penawaran program pengajian siswazah yang kompetitif di peringkat nasional dan antarabangsa bagi menghasilkan graduan siswazah yang memenuhi kehendak pasaran, mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan memberi impak signifikan kepada industri dan masyarakat.

Objektif 

  • Memangkin dan menggerak inovasi dalam hal-hal berkaitan siswazah bagi memberi tampakan identiti dan impak UKM kepada masyarakat negara dan dunia melalui pendidikan peringkat siswazah.
  • Memastikan kualiti pendidikan Sarjana dan Kedoktoran melalui pembangunan garis panduan dan peraturan yang berkaitan dengan pengajian siswazah.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar siswazah bagi menjamin kecemerlangan pengajian di UKM melalui penawaran program bimbingan, latihan dan rundingan akademik.
  • Meningkatkan pembangunan kompetensi profesional, keusahawanan dan inovasi graduan siswazah melalui penawaran program bimbingan dan latihan kemahiran insaniah.

 Peranan

  1. Pemangkin dan penggerak inovasi dalam hal-hal berkaitan siswazah bagi memberi tampakan identiti dan impak UKM kepada masyarakat, negara dan dunia melalui pendidikan peringkat siswazah.
  2. Pusat rujukan siswazah yang menawarkan bimbingan, latihan dan rundingan akademik untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesional siswazah bagi menjamin kecemerlangan pengajian di UKM.
  3. Pusat rujukan siswazah yang menawarkan bimbingan dan latihan kemahiran insaniah untuk pembangunan kompetensi keusahawanan dan inovasi sebagai persediaan untuk bergraduat.
  4. Badan eksekutif tadbir urus dalam memastikan kualiti pendidikan Sarjana dan Kedoktoran di UKM.
  5. Menjalankan penyelidikan bagi menilai keberkesanan dan pencapaian siswazah seterusnya memperkasakan pengajian siswazah UKM.
  6. Wakil universiti kepada agensi kerajaan, industri dan masyarakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.