Portal Penyelidikan Cuaca Angkasa UKM

Mengenai Kami

Pusat Sains Angkasa adalah sebuah pusat penyelidikan dan pembelaran yang berada di bawah Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami terdiri daripada staf-staf pengurusan, felo-felo penyelidik dan para pelajar sarjana. Ketua pusat ialah Prof. Ir. Dr. Mardina Abdullah dan beliau juga merupakan salah seorang penyarah di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM.

Pusat Sains Angkasa terletak di sebuah bangunan pusat penyelidikan di UKM kampus Bangi. Bidang kajian kami yang utama melibatkan sains angkasa dan cuaca angkasa khususnya. Di samping itu terdapat juga projek yang melibatkan komuniti. Laman web ini adalah salah satu usaha kami bagi menyampaikan ilmu berkaitan sains angkasa dan cuaca angkasa kepada komuniti.

 

angkasa-header-2014-baru-1 Gambar : Bangunan pusat penyelidikan di UKM

Anda dialukan untuk melawati laman web rasmi Pusat Sains Angkasa UKM untuk mendapatkan maklumat mengenai kami dengan lebih lanjut:

http://www.ukm.my/angkasa/en/