Era Windows 10

Bila kita menyebut tentang syarikat Microsoft, kita tentu terbayangkan komputer yang menjadi kegunaan seharian kita sama ada di rumah mahu pun di pejabat. Perisian yang menjadi nadi sesebuah komputerWindows-10_Product-Family sudah tentulah perisian operasi atau lebih dikenali sebagai OS (Operating System). Bagi pengguna komputer, umumnya cukup mengenali Windows. Perisian yang digunakan lebih 80% pengguna komputer di seluruh dunia. Tahun ini, Microsoft dijangka akan melancarkan OS terbaru yang dikenali dengan nama Windows 10. Dengan pengenalan OS baru ini dijangka menarik kembali minat pengguna Windows 7 yang kecewa dengan Windows 8 untuk bertukar ke OS yang terkini tanpa perlu bimbang dengan cara menggunakannya. Windows 10 dapat digunakan pada skrin kecil seperti telefon pintar dan tablet hingga ke skrin bersaiz besar seperti komputer dan TV .

Ciri Lama berwajah barustartmenu

Microsoft mengembalikan butang Start lamatetapi diberi nafas baru dengan menggabungkan ciri-ciri yang ada pada Windows 7 dan Windows 8. Ini memberikan satu pengalaman baru tetapi selesa bagi pengguna lama Windows 7 dan peminat Windows 8.

Platform

Lebih pantas dan efisien

Windows 10 dapat beroperasi dengan baik walaupun menggunakan komputer yang berspesifikasi rendah. Dengan prestasi yang jauh lebih baik berbanding Windows 7 dan Windows 8, ia menjadi  OS yang terbaik yang pernah  dihasilkan oleh Microsoft.

Aplikasi terbina dalamWindows 10 Apps

Microsoft turut memasukkan ciri-ciri yang tersedia ada seperti Outlook untuk e-mel, Calendar untuk kalendar internet dan juga Maps untuk carian peta seluruh dunia. Perisian percuma juga terdapat di Windows Store yang mengandungi lebih 100,000 perisian merangkumi pelbagai kategori.

Cortana

Enjin carian terbaik

Enjin carian Bing yang lebih berkuasa disertakan bersama Cortana iaitu ciri baru di mana carian boleh dilakukan dengan hanya menggunakan suara. Hasil carian tidak terhad kepada kandungan komputer itu sendiri,tetapi menjangkau carian ke dunia internet tanpa sempadan.

Microsoft dijangka akan melancarkan Windows 10 pada bulan Julai tahun ini. OS ini merupakan yang terbaik dari Microsoft dan Ia dapat dinaiktaraf sama ada dari Windows 7 atau Windows 8 secara percuma. Nantikan ketibaannya.

Disediakan oleh : Hairil Izwan PTM

http://credit-n.ru/zaymyi-next.html

(Visited 790 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *