Google Calendar

Google Calendar merupakan perkhidmatan ‘kalendar internet’ percuma yang berfungsi sebagai pengurus masa dan aktiviti serta boleh dikongsi bersama pengguna yang lain.

 

 

Antaramuka Google Calendar

01

Di sebelah kiri skrin adalah paparan bulanan (semasa); klik pada tarikh tertentu dan aktiviti terperinci bagi tarikh yang dipilih akan dipaparkan.

Di sebelah kanan skrin terdapat pilihan tab yang membenarkan pengguna untuk memilih paparan kalendar mengikut hari, minggu, bulan, 4 hari seterusnya dan paparan agenda.

Di bahagian atas kanan skrin terdapat pautan bagi perkhidmatan Google lain yang telah didaftar seperti Google Docs & Spreadsheet dan Gmail.

 

Maklumat Aktiviti

Klik tarikh/jam pada tab hari, minggu atau bulan yang bersesuaian untuk memasukkan maklumat aktiviti melalui ‘dialog box’ yang dipaparkan.

Klik pada ‘Edit event’ untuk memasukkan maklumat aktiviti dengan lebih terperinci.
02

Maklumat kalendar juga boleh diimport dari akaun Outlook, iCal atau Yahoo! Calendar.

 

Perkongsian Kalendar

Google Calendar membenarkan perkongsian kalendar bersama pengguna lain. Perkongsian boleh dilakukan bersama pengguna tertentu seperti pembantu peribadi, rakan sekerja, rakan atau keluarga.

Perkongsian boleh dibuat melalui pautan My calendars > pilih kalendar yang berkaitan > Share this Calendar.

share

Perkongsian juga boleh dilakukan dengan cara membenarkan pengguna lain menambah atau mengubah maklumat aktiviti sedia ada atau hanya membenarkan pengguna melihat paparan sahaja.

 

Mesej Peringatan

Google Calendar menyediakan perkhidmatan reminder yang boleh dihantar melalui emel.

Fungsi Reminder boleh dibuat melalui butang   > Settings > tab Calendars > Edit notifications

notifications1

 

notifications

Mesej secara berkumpulan boleh dihantar melalui emel kepada semua peserta yang didaftarkan bagi aktiviti yang dimasukkan di dalam Google Calendar.

 

Kalendar pada Telefon Mudah Alih

Fungsi ini membenarkan pengguna untuk memaparkan maklumat aktiviti yang terdapat dalam kalendar serta menambah maklumat aktiviti melalui telefon mudah alih.

Aplikasi Google Calendar boleh dimuat turun melalui :

Android  – Google Playmac
iPhone dan Ipad – App Store
Intergrasi bersama Gmail

Google Calendar dan Gmail telah diintergrasi yang membenarkan pengguna untuk menambah maklumat aktiviti di dalam kalendar menerusi emel.

Google akan membuat semakan emel secara automatik dan jika terdapat maklumat tarikh dan masa, Google akan memberi pilihan untuk memasukkan aktiviti ke dalam Google Calendar.

 

Fungsi Carian

Google Calendar menyediakan fungsi carian yang memudahkan proses pencarian maklumat aktiviti yang telah dimasukkan.

search

 

Disediakan oleh : Ashraf PTM

(Visited 647 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *