LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK KAMPONG PASIR PUTEH, PERAK KE UKM
[LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK KAMPONG PASIR PUTEH, PERAK KE UKM]
Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) telah menerima lawatan daripada para pelajar SMK Kampong Pasir Puteh, Perak pada 7 Februari 2025 yang telah diadakan di Pusat Permata@Pintar Negara, UKM. Seramai 40 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring hadir bagi lawatan tersebut.
Pengarah Pusat Permata@Pintar Negara UKM, Prof. Dr. Ismanizan Ismail turut berkelapangan hadir bagi menyantuni dan memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar yang baru sahaja selesai menjawab peperiksaan SPM Rabu lalu.
Semoga lawatan tersebut dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk melihat secara langsung fasiliti yang ada di pusat tersebut serta memberi inspirasi kepada mereka untuk mengejar kecemerlangan akademik.
