PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK

Soalan Lazim

Soalan Lazim

Dasar Akademik

Peraturan baharu yang diluluskan oleh Senat adalah berkuat kuasa ke atas semua pelajar tanpa mengira kohort pendaftaran.

Ya. F/I/P boleh membangunkan peraturan atau garis panduan akademik khusus untuk kegunaan PTj dengan syarat ianya tidak bercanggah dengan peraturan dan garis panduan induk UKM serta perlu mendapat kelulusan senat untuk pemakaian di PTj.

Pengambilan Prasiswazah

UKM menawarkan tahap program-program berikut:

  1. Program ASASIpintar UKM (lepasan SPM)
  2. Program prasiswazah (lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma/Setaraf)

Bagi ambilan Arus Perdana, permohonan boleh dibuat melalui Sistem UPUOnline bagi program ASASIpintar dan prasiswazah. Bagi ambilan Komersial, permohonan boleh dibuat melalui sistem Join UKM.

Rujuk sistem UPUOnline. Ambilan hanya dibuat sekali setahun iaitu bagi program ASASIpintar, pendaftaran masuk pelajar pada bulan Julai dan bagi program prasiswazah, pendaftaran masuk pelajar pada bulan hujung September/awal Oktober.

Pengambilan Pascasiswazah

Permohonan pelajar baharu pascasiwazah dibuka mengikut semester dan sesi kemasukan. Tarikh permohonan dibuka boleh dirujuk di laman web AKADEMIK UKM.

  • Mac dan Oktober
  • Pengambilan sesi khas untuk program Perubatan bagi setiap bulan Jun dan Disember

Syarat kemasukan untuk program Sarjana

Seseorang yang berhasrat untuk memohon program sarjana hendaklah mempunyai kelayakan berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang baik daripada Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/atau mempunyai pentauliahan yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi asing, atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti yang ditetapkan melalui program; 
  2. Ijazah Doktor Perubatan atau Ijazah Doktor Pembedahan Pergigian dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; 
  3. Memiliki sijil APEL bagi peringkat Sarjana (Tahap 7)
  4. Memenuhi keperluan lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan
  5. Memenuhi keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Syarat kemasukan untuk program Kedoktoran

Seseorang yang berhasrat untuk memohon program kedoktoran hendaklah mempunyai kelayakan berikut:

  1. Ijazah Sarjana daripada Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi asing, atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti yang ditetapkan oleh sesuatu program;
  2. Kelayakan lain yang setaraf dengan ijazah sarjana atau kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. Pelajar yang sedang mengikuti program sarjana sepenuh masa di bawah subperaturan 6(a) di Universiti dan disyorkan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti/Institut untuk penukaran status kepada program kedoktoran dengan kelulusan Dekan/Pengarah; atau
  4. Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi tertakluk kepada apa yang ditetapkan oleh Fakulti/Institusi dan kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); dan/atau dengan akreditasi yang diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi asing. 
  5. Memiliki sijil APEL bagi peringkat Kedoktoran (Tahap 8)
  6. Memenuhi keperluan lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan
  7. Memenuhi keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Boleh. Anda boleh menangguhkan kemasukan ke pengambilan masuk seterusnya tetapi tidak melebihi 2 semester atau 1 tahun sesi akademik. Jika tidak, status tawaran anda akan "DITOLAK" dan anda perlu mengemukakan permohonan baharu untuk mendapatkan tawaran lain.

Permohonan program pascasiswazah di UKM adalah secara atas talian di http://www.join.ukm.my

Secara dasarnya, UKM menetapkan PNGK 3.00/4.00. Tetapi, kemasukan ke satu-satu program terpulang kepada syarat kemasukan akademik oleh Fakulti/Institut/Pusat.

*(rujuk laman web Fakulti/Institut/Pusat)
  • Mod Kerja Kursus / Campuran : Tidak melebihi 10 hari
  • Mod Penyelidikan : Dalam tempoh (1) bulan

Dua (2) minggu dari tarikh penerimaan surat tawaran

Muat naik:

  • Laporan kesihatan
  • Yuran
  • Perjanjian

Pengesahan dokumen oleh UKM perlu diselesaikan oleh calon selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh pendaftaran.

Boleh. Sekiranya belum mendaftar, calon perlu mengemukakan permohonan kepada AKADEMIK UKM atau Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape) menerusi e-mel.

Pendaftaran dan Pengkuliahan, Peperiksaan, Pengijazahan Prasiswazah dan Pascasiswazah dan Tatatertib

  1. Log masuk ke SMPWeb menggunakan ID pelajar dan kata laluan.
  2. Pilih menu "Pendaftaran Kursus" dan pilih kursus yang ingin didaftarkan.
  3. Sahkan pilihan kursus dan klik "Daftar".
  4. Pastikan untuk menyelesaikan proses pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Pelajar dikehendaki mendaftar tidak kurang 12 kredit dan tidak lebih daripada 20 kredit pada tiap-tiap semester. Pendaftaran kurang daripada 12 kredit atau lebih daripada 20 kredit hanya dibenarkan dengan kelulusan daripada Dekan Fakulti.

Jika anda terlupa untuk mendaftar kursus dalam tempoh yang ditetapkan, sila hubungi pihak fakulti untuk meminta bantuan setelah anda menyelesaikan caj lewat mendaftar.

Ya, anda wajib membuat pendaftaran awal setiap semester melalui SMPWeb dalam tempoh yang ditetapkan.

Pendaftaran kursus hendaklah dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester bermula bagi setiap semester.

Pelajar yang gagal mendaftar sehingga minggu kelima (5) tanpa kebenaran Dekan Fakulti atas sebab-sebab yang munasabah, pelajar akan diberikan status “Diberhentikan Sebab Tidak Mendaftar".

Untuk Semester Tiga (3) atau Semester Pendek, pelajar dikehendaki mendaftar tidak kurang daripada satu (1) kursus dan tidak lebih daripada tiga (3) kursus atau sejumlah yang diluluskan oleh Fakulti.

Pelajar boleh memohon penangguhan peperiksaan dengan mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Dekan Fakulti dan menyertakan dokumen/ surat berkaitan. Jika permohonan diluluskan, pelajar akan diberi status “Tangguh Peperiksaan (TP)” bagi kursus tersebut.

Boleh. Pelajar perlu mengisi borang permohonan rayuan semakan semula keputusan peperiksaan dengan menyatakan maklumat kursus yang ingin disemak dengan bayaran RM50 per kursus. Borang dan resit bayaran perlu dikemukakan kepada Pusat Pengurusan Akademik dalam tempoh empat (4) minggu selepas keputusan peperiksaan rasmi diumumkan.

Surat pengesahan tamat pengajian hanya boleh dikeluarkan setelah nama pelajar mendapat pengesahan oleh Senat Universiti untuk pengijazahan.

Senat

Senat mempunyai fungsi dan kuasa sebagaimana yang diperuntukkan di bawah sebseksyen 4(3) dan subseksyen 22(6) Perlembagaan dan termasuklah fungsi dan kuasa berikut:

  1. Menimbangkan cadangan mengadakan Statut baharu atau meminda Statut atau membatalkan Statut, menurut subseksyen 35(3) Perlembagaan;
  2. Menimbangkan cadangan mengadakan Kaedah-Kaedah baharu atau meminda Kaedah-Kaedah atau membatalkan Kaedah-Kaedah, menurut kuasa di bawah seksyen 36 Perlembagaan;
  3. Membuat peraturan untuk menetapkan kursus pengajian dan sukatan pelajaran bagi peperiksaan;
  4. Mengeluarkan arahan kepada pemeriksa dan jawatankuasa pemeriksa;
  5. Meluluskan keputusan peperiksaan Universiti dan pengurniaan ijazah diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain mengikut Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan;
  6. Mengurniakan fellowship, biasiswa, bantuan, hadiah dan pingat;
  7. Memberikan arahan mengenai pengajaran dan penyelidikan;
  8. Memberikan arahan am mengenai kemudahan pengajaran dan penyelidikan lain di Universiti; dan
  9. Membuat perakuan-perakuan kepada Lembaga mengenai semua perkara lain yang tidak ditugaskan secara khusus kepada mana-mana Pihak Berkuasa, selain daripada Senat dan Lembaga.

Permohonan surat pengesahan Senat boleh dikemukakan seperti berikut:

  1. Program Pascasiswazah:

    Puan Zaimi binti Makhtar
    Penolong Pendaftar Kanan
    Unit Pendaftaran, Peperiksaan dan Pengijazahan (Program Pascasiswazah), AKADEMIK UKM
    e-mel: zaimi@ukm.edu.my

  2.  
  3. Program Prasiswazah:

    Puan Latifah binti Kasmuri
    Penolong Pendaftar Kanan
    Unit Peperiksaan dan Pengijazahan (Program Prasiswazah), AKADEMIK UKM
    e-mel: latifahkasmuri@ukm.edu.my

  4.  
  5. Program Komersial Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape):

    Puan Mazuna binti Jamaluddin
    Penolong Pendaftar Kanan
    Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape)
    e-mel: mazuna@ukm.edu.my

  6.  

Pas dan Visa

  1. Sila hadir ke Pusat Kesihatan UKM untuk pemeriksaan kesihatan dalam masa 7 hari selepas ketibaan di Malaysia.
  2. E-mel ke val@ukm.edu.my untuk mendapatkan senarai dokumen yang diperlukan dan sediakan dokumen mengikut senarai semak yang diberikan untuk penghantaran pas pelajar.
  3. Kunjungi kaunter operasi Unit Pas dan Visa, Tingkat 6, PUSANIKA untuk penghantaran pasport dan dokumen bagi permohonan pas pelajar.

Isnin hingga Khamis (8:30 pagi - 12:30 tengah hari) kecuali cuti umum.

Semua permohonan pembaharuan perlu dihantar 3 bulan sebelum tarikh luput pas pelajar dan penghantaran pasport perlu dilakukan setelah diminta oleh Education Malaysia Global Services (EMGS).

APEL

Tempoh maksimum untuk melengkapkan penilaian APEL.A adalah 6 bulan dari tarikh permohonan di Portal MQA.
Selepas 6 bulan status pendaftaran calon di MQA akan menjadi tidak aktif. Calon perlu mengaktif pendaftaran di MQA. Sila rujuk MQA untuk urusan pengaktifan ini.

Kursus persediaan penilaian disediakan dengan bayaran sebanyak RM150.00. Walaubagaimana pun kursus ini adalah pilihan kepada calon. Kursus ini disediakan sebulan sekali.

Bayaran boleh dibuat melalui Sistem SPP yang dipautkan dalam borang pendaftaran calon di Pusat Penilaian APEL UKM
https://apel.ukm.my/index.php/

Kompetensi Siswazah dan Penjanaan

Tawaran Skim Zamalah Penyelidikan akan dibuka sekurang-kurangnya sebulan sebelum semester baharu bermula.

Maklumat hebahan penganjuran seminar/latihan/kursus boleh dirujuk di Facebook/Website Pusat Pengurusan Akademik UKM.
Website : https://www.ukm.my/akademik/pelajar-pascasiswazah/
Facebook : Pusat Pengurusan Akademik

Permohonan sewaan ruang boleh dihantar ke alamat emel latihansiswazah@ukm.edu.my atau telefon 03-89215162/4207.

Promosi

Tempoh pengajian bergantung kepada tahap dan program yang dipilih. Berikut adalah tempoh pengajian mengikut tahap dan program pengajian:

Program ASASIpintar: Tempoh pengajian selama satu (1) tahun.

Program Pengajian Prasiswazah: Tempoh Pengajian antara tiga (3) hingga lima (5) tahun

Program Pengajian Pascasiswazah: Tempoh lazim bagi program pengajian Sarjana adalah antara satu (1) hingga dua (2) tahun manakala program pengajian Doktor Falsafah adalah antara tiga (3) hingga enam (6) tahun

Ya, UKM menerima pelajar antarabangsa untuk program pengajian di semua peringkat yang diuruskan oleh pihak UKMShape. Anda boleh melayari laman web https://www.ukm.my/ukmshape/en/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ya, anda masih boleh melanjutkan pengajian di UKM dengan membuat permohonan secara ambilan terus melalui laman web join.ukm yang diuruskan oleh pihak UKMShape.