PROGRAM BUBUR LAMBUK 2025 BANGUNAN PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK
[PROGRAM BUBUR LAMBUK 2025 BANGUNAN PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK]
Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Hasil, Perpustakaan Lingkungan Kedua dan Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas telah menganjurkan Program Bubur Lambuk 2025 di Bangunan Pusat Pengurusan Akademik, hari ini.
Seramai 150 kakitangan hadir membantu menjayakan program dengan 1800 bekas bubur lambuk berjaya dihasilkan dan diedarkan kepada warga UKM.
Semoga dengan pemberian ini dapat memberi kegembiraan kepada semua yang menerima.
