SANGGAR KERJA AKADEMIK UKM 2025
[SANGGAR KERJA AKADEMIK UKM 2025]
Telah berlangsung Sanggar Kerja AKADEMIK UKM 2025 selama tiga hari pada 23 hingga 25 Mei 2025 di Usima Forest Resort, Ayer Keroh, Melaka.
Program ini berjaya mencapai objektif dalam memperkukuh semangat berpasukan, meningkatkan komunikasi efektif, serta memupuk jalinan kerjasama yang erat dalam kalangan warga AKADEMIK UKM.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga nilai-nilai yang dipupuk sepanjang program dapat diterapkan dalam tugasan harian demi kecemerlangan.
