BENGKEL PENETAPAN KPI 2026 AKADEMIK UKM
[BENGKEL PENETAPAN KPI 2026 AKADEMIK UKM]
Bengkel Penetapan KPI 2026 AKADEMIK UKM telah dilaksanakan pada 30 Januari hingga 1 Februari 2026 dengan penglibatan semua barisan pengurusan serta pegawai-pegawai AKADEMIK UKM. Bengkel ini menjadi platform penting dalam menyelaras hala tuju strategik organisasi bagi memastikan sasaran yang ditetapkan selari dengan keperluan semasa universiti.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta terlibat secara aktif dalam sesi perbincangan, pembentangan dan penilaian KPI yang lebih terancang, realistik dan berimpak tinggi. Pendekatan kolaboratif ini membantu memperkukuh kefahaman bersama serta meningkatkan keupayaan AKADEMIK UKM dalam merangka perancangan kerja yang lebih sistematik bagi tahun 2026.
Diharapkan hasil bengkel ini dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi dan kecemerlangan perkhidmatan AKADEMIK UKM. Semoga komitmen dan kerjasama semua warga kerja terus diperkasa demi merealisasikan visi serta aspirasi UKM pada tahun 2026 dan seterusnya.
#UKM #AkademikUKM