KARNIVAL JOM MASUK U 2025 (JMU2025) ZON TIMUR I
[KARNIVAL JOM MASUK U 2025 (JMU2025) ZON TIMUR I]
Karnival Jom Masuk U 2025 telah membuka tirai dengan memulakan siri jelajahnya di UIAM Kampus Kuantan pada 22 hingga 23 Februari 2025.
Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mewakili Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli merasmikan Karnival Jom Masuk U 2025 Zon Timur I.
Program yang berlangsung selama dua hari ini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Pantai Timur terutamanya masyarakat di sekitar Kuantan.
