LAWATAN PENANDAARASAN UMS KE PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK UKM (AKADEMIK UKM)
[LAWATAN PENANDAARASAN UMS KE PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK UKM (AKADEMIK UKM)]
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima lawatan penanda aras daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi tujuan perkongsian amalan terbaik berkaitan pentadbiran serta inovasi dalam pengurusan universiti. Lawatan ini memfokuskan kepada pengendalian dan pengurusan dewan kuliah, pengurusan peperiksaan serta pengurusan jubah graduan, selaras dengan usaha berterusan universiti dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan kualiti tadbir urus.
Sesi lawatan ini turut membuka ruang perbincangan, perkongsian pengalaman serta pertukaran idea antara kedua-dua institusi pendidikan tinggi, khususnya dalam memperkukuh sistem pengurusan yang lebih sistematik, cekap dan berimpak tinggi. UKM amat menghargai kunjungan ini dan berharap kerjasama strategik antara UKM dan UMS dapat diteruskan demi pembangunan ekosistem pengurusan universiti yang lebih inovatif dan mampan.
#UKM #AkademikUKM