MAJLIS PENGHARGAAN DAN PERHIMPUNAN STAF AKADEMIK UKM

[MAJLIS PENGHARGAAN DAN PERHIMPUNAN STAF AKADEMIK UKM]

Pusat Pengurusan Akademik UKM (AKADEMIK UKM) telah menganjurkan Majlis Penghargaan dan Perhimpunan Staf pada 16 Januari 2026 bagi menghargai jasa serta sumbangan warga kerja yang telah bertukar ke Pusat Tanggungjawab (PTj) lain iaitu Prof. Dr. Zainuddin Sajuri, Puan Suriani Shuhatdi dan Puan Latifah Kasmuri.

Majlis yang dihadiri oleh seluruh kakitangan AKADEMIK UKM ini turut diserikan dengan penyampaian amanat oleh Pengarah AKADEMIK UKM, Prof. Madya Dr. Irman Abdul Rahman. Dalam amanat beliau, beliau menekankan kepentingan budaya kerja berpasukan, integriti serta komitmen berterusan dalam memperkukuh sistem pengurusan akademik universiti selaras dengan aspirasi UKM.
Majlis ini bukan sahaja menjadi platform penghargaan kepada warga yang telah menabur bakti, malah berperanan sebagai medium mempereratkan hubungan silaturahim dalam kalangan kakitangan serta menyuntik semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Pautan Facebook

#UKM #AkademikUKM