PERTANDINGAN 2026 THREE MINUTE THESIS (3MT) PERINGKAT KEBANGSAAN
[PERTANDINGAN 2026 THREE MINUTE THESIS (3MT) PERINGKAT KEBANGSAAN]
🎉 TAHNIAH WAKIL UKM DI PERTANDINGAN 2026 THREE MINUTE THESIS (3MT) PERINGKAT KEBANGSAAN 🎉
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada empat orang peserta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah mewakili universiti dalam Pertandingan 2026 Three Minute Thesis (3MT) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 8 Julai 2026.
UKM sekali lagi melakar kejayaan membanggakan apabila dua orang wakil berjaya muncul sebagai pemenang. Nur Nabilah Binti Zulkifly dari Fakulti Pergigian telah dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Sains, Kejuruteraan & Teknologi, manakala Nur Asyiqin Binti Zohkarnain dari Fakulti Pengajian Islam berjaya meraih Tempat Ketiga bagi kategori Sains Sosial.
Lebih membanggakan, kejayaan sebagai johan melayakkan Nur Nabilah Binti Zulkifly mewakili Malaysia dan UKM ke 2026 Asia-Pacific 3MT Competition yang akan berlangsung di The University of Queensland (UQ), Australia. Semoga beliau terus melakar kecemerlangan serta mengharumkan nama Malaysia dan UKM di pentas antarabangsa.
Kejayaan ini merupakan hasil dedikasi, usaha gigih dan komitmen tinggi para peserta, disokong oleh bimbingan berterusan daripada para jurulatih. Pusat Pengurusan Akademik, UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Ashinida Aladdin (FSSK) dan Prof. Madya Dr. Wahiza Wahi (CITRA UKM) atas komitmen, bimbingan dan pengorbanan dalam membimbing para peserta sehingga berjaya mengharumkan nama UKM di peringkat kebangsaan.
Turut hadir, Prof. Madya Dr. Mohd Helmy Mokhtar, Timbalan Pengarah (Kompetensi Siswazah & Promosi), Pusat Pengurusan Akademik, UKM bersama beberapa ahli pasukan bagi memberikan sokongan kepada wakil UKM.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai pelajar siswazah UKM untuk terus cemerlang dalam penyelidikan serta memperkasa kemahiran komunikasi penyelidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Syabas dan tahniah kepada semua yang telah mengharumkan nama UKM! 💚💛
#UKM #PusatPengurusanAkademikUKM #3MT2026 #ThreeMinuteThesis #USIM #AsiaPacific3MT #Siswazah #Penyelidikan
