PROGRAM CERAMAH KESIHATAN GAYA HIDUP SIHAT: SENAMAN DALAM KESIHATAN KARDIOVASKULAR

[PROGRAM CERAMAH KESIHATAN GAYA HIDUP SIHAT: SENAMAN DALAM KESIHATAN KARDIOVASKULAR]

Pada 15 Mei 2026, AKADEMIK UKM telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan Gaya Hidup Sihat: Senaman Dalam Kesihatan Kardiovaskular. Program yang berlangsung di Auditorium, Aras 2, Perpustakaan Lingkungan Kedua ini dihadiri oleh Kakitangan AKADEMIK UKM.

AKADEMIK UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Amilia binti Aminuddin atas kesudian menyampaikan ceramah yang sangat informatif. Perkongsian beliau telah memberikan kesedaran mendalam mengenai kepentingan aktiviti fizikal dan impak positif senaman terhadap sistem kardiovaskular bagi membina modal insan yang sihat dan produktif.

Semoga pengisian yang diperoleh dapat diterjemahkan dalam amalan harian demi kesejahteraan fizikal dan mental warga kerja AKADEMIK UKM.

#UKM #AkademikUKM

Pautan Facebook