PROGRAM OUTREACH UPU2U ORANG ASLI 2023

Program: PRORGAM OUTREACH UPU2U ORANG ASLI 2023
Tarikh: 17 Januari 2023 (Khamis)
Tempat:  Dewan Merdeka Tapah, Perak.

Pengarah Pusat Pengurusan Akademik, Prof. Madya Dr. Irman Abdul Rahman telah merasmikan program Outreach UPU2U Orang Asli di Dewan Merdeka, Tapah, Perak.

Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama pihak UKM bertujuan membantu pelajar Orang Asli untuk melanjutkan pengajian pada peringkat yang lebih tinggi. Sebanyak 20 universiti awam, politeknik dan institut kemahiran dibawah kementerian menyertai program yang dianjurkan ini.

Melalui program Outreach UPU2U Orang Asli, pelajar berpeluang mendapatkan maklumat secara percuma berkaitan kemasukan daripada bahagian UPUOnline, wakil-wakil Universiti, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN).

Antara pengisian program adalah taklimat daripada bahagian UPUOnline, wakil universiti, institut kemahiran dan agensi terlibat dalam pameran yang diadakan. Program yang berlangsung sepanjang hari, turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir.

Turut hadir dalam program ini adalah En. Wahi Nordin, Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi; Prof. Madya Dr. Zainuddin Sajuri, Timbalan Pengarah, Kompetensi Siswazah dan Promosi, Pusat Pengurusan Akademik; Tuan Haji Ahmad Sabri,Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembangunan Murid), Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang; En. Anuar Shafei, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Batang Padang, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

 

7D3A7352
7D3A7365
7D3A7364
7D3A7361
7D3A7358
7D3A7357
7D3A7366
7D3A7367
7D3A7370
7D3A7368
7D3A7369
7D3A7371
7D3A7373
7D3A7372
7D3A7374
7D3A7375
7D3A7376
7D3A7377
7D3A7379
7D3A7380
7D3A7381
7D3A7383
7D3A7394
7D3A7416
7D3A7422
7D3A7420
7D3A7352 7D3A7365 7D3A7364 7D3A7361 7D3A7358 7D3A7357 7D3A7366 7D3A7367 7D3A7370 7D3A7368 7D3A7369 7D3A7371 7D3A7373 7D3A7372 7D3A7374 7D3A7375 7D3A7376 7D3A7377 7D3A7379 7D3A7380 7D3A7381 7D3A7383 7D3A7394 7D3A7416 7D3A7422 7D3A7420