Makmal Bioserasi, ALAF-UKM pada Selasa (26 November 2024) telah menganjurkan Bengkel “Navigating the Maze of Oral Toxicity: Theory Meets Practice” bertempat di Makmal Bioserasi, ALAF-UKM. Penganjuran bengkel ini telah menerima penyertaan memberangsangkan daripada golongan profesional, penyelidik, dan pelajar di dalam bidang toksikologi.
Objektif penganjuran bengkel ini adalah bertujuan untuk menghubungkan teori dengan aplikasi praktikal dalam kajian ketoksikan oral, mengupas metodologi terkini melalui sesi perbincangan mendalam, memberi pengalaman langsung dengan peralatan berteknologi tinggi di Makmal Bioserasi dan meningkatkan jaringan profesional melalui interaksi bersama pakar dalam bidang toksikologi.
Sebagai sebahagian daripada visi ALAF-UKM untuk memperkasakan penyelidikan melalui makmal fizikalnya, Makmal Bioserasi berhasrat untuk terus menjadi peneraju dalam menyumbang kepada penyelesaian cabaran toksikologi global sambil menanam asas yang kukuh untuk melindungi kesihatan manusia dan kelestarian alam sekitar.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat!














