ALAF-UKM melalui Makmal Instrumentasi Berpusat (i-CRIM) telah menganjurkan The 3rd Instrumentation Seminar 2025 (SCI-INS 2025) pada 18 Februari 2025 (Selasa) bertempat di Bangi Resort Hotel. SCI-INS 2025 telah berjaya menarik penyertaan seramai 250 peserta yang terdiri daripada penyelidik dalam dan luar UKM, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpilih seluruh negara serta wakil industri.
SCI-INS 2025 telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) UKM. Turut hadir dalam program ini ialah Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Pengarah ALAF-UKM, Prof. Dato’ Chm. Dr. Mohammad Kassim, Ketua Program Bersama antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM dan UKM, ACP Tuan Hj. Ahmad Azwan Haji Amin Nordin, Ketua Penolong Pengarah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi serta Prof. Ir. Dr. Siti Kartom Kamarudin, Pengarah SELFUEL sebagai pengucaptama.
Dalam seminar ini, peserta didedahkan dengan instrumen terkini bagi pelbagai analisis makmal penyelidikan khususnya untuk kajian sains bahan serta elemen nadir bumi (REE). Selain itu, penglibatan strategik antara UKM dan agensi penguatkuasa undang-undang turut ditekankan, di mana Fakulti Sains dan Teknologi (FST), dengan kerjasama Makmal i-CRIM telah menyediakan platform Sijil Profesional yang direka khusus untuk anggota PDRM bertujuan untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan kompetensi profesional dalam penyelidikan jenayah narkotik serta forensik.














