eramai 49 Pelajar, 10 Pensyarah & 11 Kakitangan Jabatan Sains dan Teknologi Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai Kursus Teknik Lapangan Alam Sekitar ESC3020, satu program intensif selama tiga hari yang memberi pendedahan awal kepada pelajar tahun 1 mengenai prinsip asas, teknik pengukuran dan persampelan parameter alam sekitar.
• Mengemaskini status ekosistem Tasik Chini melalui pemerhatian, kutipan dan analisis data.
• Menggalakkan jaringan profesional antara pelajar, pensyarah, pegawai Jabatan Alam Sekitar dan kakitangan PPTC.
• Mengoptimumkan pengumpulan data berkualiti dalam masa singkat secara kolaboratif.
• Kajian kerintangan tanah & tahap kebisingan
• Analisis jenis tanah, kestabilan cerun, jurus dan kemiringan
• Penilaian kualiti air melalui penunjuk biologi & analisis dasar tasik
• Pemencilan mikroorganisma air
• Kajian penggunaan tanah & kaitannya dengan perubahan iklim
• Teknik transek & kuadrat bagi biodiversiti flora dan fauna














