9 – 11 /6 2026: Program Eksplorasi Biodiversiti Flora 2026
Â
Dalam usaha memperkukuh dokumentasi biodiversiti di Langkawi, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Taman Botani Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan Program Eksplorasi Biodiversiti Flora selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Jun 2026.
Â
Program ini memberi tumpuan kepada aktiviti inventori flora melalui kerja lapangan dan pengumpulan spesimen tumbuhan di beberapa lokasi yang dikenal pasti mempunyai kepelbagaian spesies yang tinggi. Antara kawasan yang terlibat ialah Pulau Tuba, Gunung Machinchang dan Pulau Langgun.
Sepanjang eksplorasi dijalankan, lebih 40 spesimen flora berjaya direkod dan dikumpulkan. Spesimen-spesimen tersebut akan digunakan bagi tujuan pengenalpastian spesies, penyelidikan saintifik serta sebagai bahan rujukan dalam menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti negara.
Maklumat yang diperoleh daripada program ini bukan sahaja membantu mengemas kini data saintifik berkaitan flora di Langkawi, malah turut menyumbang kepada pengukuhan pangkalan data biodiversiti kawasan geopark. Hasil kajian ini juga dijangka dapat menyokong perancangan dan pelaksanaan inisiatif pemuliharaan sumber semula jadi secara lebih berkesan pada masa hadapan.
Sebagai sebuah Langkawi UNESCO Global Geopark, pemeliharaan dan pendokumentasian sumber biodiversiti yang berterusan amat penting bagi memastikan khazanah semula jadi kawasan ini terus terpelihara untuk generasi akan datang.
June 16, 2026
























