Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai sembilan (9) buah makmal yang telah menerima pentauliahan makmal akreditasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Semua makmal ini telah mencapai piawai yang ditetapkan oleh International Organization for Standardization (ISO) bagi memastikan kualiti, keselamatan dan kecekapan produk, perkhidmatan dan sistem.
Â
CRIM dengan kerjasama ALAF-UKM telah membina *Pangkalan Data Instrumentasi Penyelidikan UKM (Instrumentasi@UKM)* untuk memudahkan pengguna mencari peralatan penyelidikan penyelidikan gunasama UKM termasuk makmal yang telah diakreditasi. Pangkalan Data ini memuatkan maklumat lebih 1300 peralatan di pelbagai PTJ UKM yang boleh dimanfaatkan oleh semua penyelidik dan pelajar UKM.
Maklumat lanjut mengenai makmal-makmal ini dan pangkalan data boleh dilayari melalui laman sesawang berikut:-














