Tasik Chini di Pahang berjaya mengekalkan status Tapak Rizab Biosfera di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
Ianya diputuskan melalui mesyuarat The 35th Session of the International Coordinating Council of Man and the Biosphere Programme (ICC MAB35) 2023 di Paris, Perancis semalam (14 Jun 2023).
Semakan berkala kawasan Tasik Chini Rizab Biosfera itu menepati kriteria Statutory Framework of the World Network of Biosphere Reserves (WNBR) dan syor International Advisory Committee for Biosphere Reserves (IACBR) dengan mengambil kira usaha yang telah diambil bagi menambah baik pengurusan tapak berkenaan.
Setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Task Force yang merangkumi pasukan penyelidik daripada kakitangan UKM dan juga UKM Pakarunding serta kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta pihak-pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha mengekalkan status Rizab Biosfera ini.
Tahniah dan Terima Kasih juga diucapkan kepada pihak Kerajaan Negeri Pahang menerusi Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail kerana memberi kepercayaan kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM untuk membantu dalam usaha mengekalkan status Rizab Biosfera ini.
Ini merupakan langkah-langkah dalam pemuliharaan dan pemeliharaan Tasik Chini sebagai tapak biosfera di bawah program Man and the Biosphere.














