Pada 8 September 2026 (Selasa), Makmal i-CRIM, ALAF-UKM telah menerima kunjungan Kumpulan Perunding Geosains berkaitan Projek Penyelidikan Mineral Strategik Negara (MSN). Lawatan ini bertujuan memberi peluang kepada pihak delegasi untuk mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai kepakaran, kemudahan serta keupayaan Makmal i-CRIM dalam menyokong penyelidikan dan analisis berkaitan mineral, termasuk bidang unsur nadir bumi atau Rare Earth Elements (REE).
Â
Makmal i-CRIM memainkan peranan penting dalam menyediakan sokongan kepakaran dan kemudahan penyelidikan bagi memperkasa pemahaman terhadap sumber mineral melalui pendekatan saintifik, analitikal dan berasaskan data. Dalam konteks perkembangan industri mineral masa kini, penyelidikan berkaitan REE mempunyai nilai strategik yang amat besar. Unsur nadir bumi merupakan antara komponen penting dalam pelbagai aplikasi teknologi moden, termasuk elektronik, tenaga bersih, teknologi hijau, magnet berprestasi tinggi dan sektor berteknologi tinggi.
Â
Kunjungan Kumpulan Perunding Geosains ini turut membuka ruang kepada perkongsian pengetahuan dan kepakaran, penerokaan peluang kerjasama serta pengukuhan jaringan strategik dalam bidang mineral dan geosains. Selaras dengan aspirasi UKM untuk memperkasa penyelidikan yang memberi impak kepada masyarakat dan negara, ALAF-UKM komited untuk terus mengoptimumkan fasiliti serta kepakaran Makmal i-CRIM sebagai pemangkin kepada penyelidikan, inovasi dan penerokaan ilmu dalam bidang mineral strategik dan REE.
September 9, 2026




















