UKM pada 3 September 2026 telah menganjurkan Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat UKM yang berlangsung dalam suasana penuh semangat, ukhuwah dan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Â
Dalam menyemarakkan sambutan yang penuh bermakna ini, Kontinjen Canselori 4 turut mengambil bahagian dengan menghimpunkan warga Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM), Pusat IDEA UKM, Inovasi@UKM, Penerbit UKM serta CRIM-UKM.
Penyertaan bersama ini mencerminkan semangat kebersamaan dan ukhuwah dalam kalangan warga UKM, di samping menjadi wadah untuk menghayati sirah, akhlak serta teladan Rasulullah SAW sebagai panduan dalam membentuk warga universiti yang berintegriti, berakhlak dan berjiwa MADANI. Semoga sambutan Maulidur Rasul 1448H ini terus menyuburkan rasa kasih dan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW serta memperkukuh nilai persaudaraan dalam membina komuniti UKM yang sejahtera dan harmoni.
September 7, 2026






















