ALAF-UKM melalui Makmal Bioserasi berkesempatan mengadakan kunjungan serta sesi perbincangan strategik bersama Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 2 Oktober 2026.
Kunjungan ini menjadi platform untuk memperkenalkan dengan lebih lanjut peranan, kepakaran dan keupayaan Makmal Bioserasi, khususnya dalam bidang pengujian biokompatibiliti dan penilaian keselamatan peranti perubatan, di samping meneroka potensi kerjasama strategik antara antara kedua-dua pihak dalam memperkukuh kapasiti pengujian, penyelidikan serta perkhidmatan teknikal berkaitan peranti perubatan.
Sesi ini disertai oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif MDA, bersama Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Pengarah ALAF-UKM dan Dr. Siew Ee Ling, Ketua Makmal Bioserasi. Perbincangan yang berlangsung turut membuka ruang pertukaran pandangan mengenai keperluan semasa dalam ekosistem peranti perubatan, selain mengenal pasti bidang yang berpotensi untuk diperkukuh melalui kepakaran, fasiliti dan perkhidmatan pengujian yang tersedia di UKM.
Pertemuan ini diharapkan dapat menjadi asas kepada pembentukan kerjasama yang lebih tersusun, strategik dan berimpak, sekali gus memperluas jaringan kepakaran serta memperkukuh peranan UKM dalam menyediakan perkhidmatan makmal, penyelidikan dan kepakaran teknikal yang menyokong keperluan sektor peranti perubatan di Malaysia.
October 7, 2026


















