Pusat Penyelidikan Tasik Chini, ALAF-UKM telah di jemput untuk turut serta ke Program Penanaman Pokok Sempena Kempen 100 Juta Pokok @ Pahang di Hutan Simpan Chini pada hari Rabu lepas 01 November 2023, yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Turut serta didalam program tersebut adalah kakitangan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pahang, Perbadanan Muzium Negeri Pahang serta kakitangan daripada Majlis Bandaraya Kuantan.
Sekurang-kurangnya dua (2) Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) telah dicapai melalui program ini. iaitu: SDG 13: Perlindungan Iklim – Inisiatif penanaman pokok membantu mengurangkan jumlah karbon dioksida dalam atmosfera dan menyokong usaha perlindungan iklim. Ini menyumbang kepada matlamat mengurangkan kesan perubahan iklim. SDG 15: Kehidupan Darat – Penanaman pokok menyumbang kepada pemuliharaan ekosistem darat, termasuk hutan dan kepelbagaian biologi. Inisiatif ini membantu melindungi flora dan fauna tempatan.
Pihak Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM mengucapkan terima kasih atas jemputan ini dan berharap banyak lagi kerjasama dapat diadakan pada masa hadapan.














