8 Jun setiap tahun telah diwartakan sebagai tarikh untuk memperingati Sambutan Hari Lautan Sedunia di peringkat global dengan tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan lautan bagi menampung kehidupan di bumi selain satu langkah mempromosikan usaha kelestarian dan perlindungan ekosisten laut.
Lautan bukan sahaja merupakan sumber makanan dan rezeki manusia, tetapi ia juga memainkan peranan penting dalam mengawal iklim di dunia. Dengan usaha kecil seperti pengurangan penggunaan beg plastik, menjaga kebersihan pantai dan menyokong aktiviti konservasi laut ianya boleh menyumbang kepada kesejahtetaan lautan.
Warga ALAF-UKM mengucapkan Selamat Hari Lautan Sedunia! Bersama kita pelihara lautan demi generasi masa hadapan.














