Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, ALAF-UKM telah melaksanakan aktiviti penyelidikan lapangan melibatkan beberapa pelajar UKM yang memberi tumpuan kepada ekosistem tanah tinggi, termasuk penyelidikan herbarium serta dokumentasi flora dan fauna unik Bukit Fraser.
Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Dr. Shamsul Khamis, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, yang turut membimbing peserta dalam teknik persampelan, pemetaan spesies tumbuhan dan pemerhatian haiwan di lapangan.
Hasil penyelidikan bukan sahaja memperkayakan pengetahuan peserta dalam bidang biodiversiti, malah menyumbang kepada usaha konservasi dan dokumentasi spesies tanah tinggi yang semakin terancam. Tahniah kepada semua peserta yang terlibat.














