Makmal i-CRIM, ALAF-UKM telah mengadakan lawatan penanda aras ke Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia, Ipoh. Delegasi seramai 20 orang diketuai oleh Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Wan Nor Roslam Wan Isahak, Ketua Makmal i-CRIM dengan penglibatan seramai 19 orang kakitangan.
Delegasi Makmal i_CRIM disambut mesra oleh ChM. Encik Mohammad Aswandi Bin Ariff, Ketua Penolong Pengarah Kanan, yang mewakili Pengarah Cawangan Perkhidmatan Makmal. Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat pengenalan mengenai JMG dan perkhidmatan makmal yang ditawarkan, diikuti dengan sesi lawatan ke makmal-makmal analisis yang menampilkan kepakaran serta kemudahan berteknologi tinggi.
Lawatan ini adalah merupakan salah satu medan perkongsian ilmu, pertukaran amalan terbaik serta memperkukuh hubungan strategik antara dua institusi penyelidikan teknikal negara.