ALAF-UKM telah mengendalikan Latihan Kawad Kebakaran Kompleks Penyelidikan UKM sebagai inisiatif memperkukuh tahap kesiapsiagaan warga kerja dalam menghadapi situasi kecemasan, khususnya insiden kebakaran di persekitaran kompleks penyelidikan.
Latihan ini melibatkan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Cawangan Bandar Baru Bangi, Bahagian Keselamatan UKM, Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP) UKM, ROSH-UKM dan PKU UKM, selain penyertaan warga IMEN-UKM, SERI-UKM, SELFUEL-UKM dan IPI-UKM.
Taklimat keselamatan serta demonstrasi kebakaran telah diketuai oleh Tuan Mohd Khairuddin Abd Rahman, Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi, yang memberikan pendedahan berkaitan prosedur keselamatan, penggunaan peralatan pemadaman api serta tindakan sewajarnya ketika berhadapan insiden kebakaran.
Pelaksanaan latihan ini bukan sekadar menguji kecekapan tindakan kecemasan, malah meningkatkan kesedaran, kefahaman terhadap prosedur keselamatan serta koordinasi antara agensi dan warga UKM. Kesiapsiagaan setiap individu merupakan elemen penting dalam melindungi nyawa, kemudahan penyelidikan dan keseluruhan ekosistem kerja universiti.
November 10, 2026


















