Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) telah menyertai Pameran Konservasi Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF) 2.0 Tahun 2026 yang berlangsung pada 28 dan 29 Oktober 2026 bertempat di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya.
Sepanjang hari pertama pameran, reruai ALAF-UKM menerima kunjungan pelbagai lapisan pengunjung yang berpeluang mengenali dengan lebih dekat peranan dan inisiatif Makmal Alami ALAF-UKM dalam penyelidikan, pemuliharaan biodiversiti, pendidikan alam sekitar serta program eksplorasi ilmu berasaskan alam semula jadi.
Reruai ALAF-UKM turut menerima kunjungan YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang berkesempatan melihat dan mendapatkan perkongsian mengenai aktiviti serta inisiatif yang diketengahkan sepanjang pameran.
Penyertaan ini menjadi platform untuk memperluas perkongsian ilmu, membina jaringan kerjasama serta memperkenalkan sumbangan UKM dalam menyokong usaha konservasi dan kelestarian khazanah alam semula jadi negara.
October 28, 2026





















