UKM PERKASA REMAJA MELALUI GREEN CAMP FOR YOUTH DI TASIK CHINI

Membentuk generasi pewaris alam menjadi fokus Kem Remaja Perkasa Alam X Green Camp for Youth @ Tasik Chini Rizab Biosfera, anjuran Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-UKM dengan sokongan geran Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) serta kerjasama Fakulti Pengajian Sains Citra UKM, Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA UKM), Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) dan SWCorp Negeri Pahang. Program siri ke-4 ini diterajui oleh Dr. Rozita Ibrahim selaku Pengarah Projek.
 
Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Mohd Sahrim Haji Md Zain, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, dan turut dihadiri Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Pengarah ALAF-UKM. Kira-kira 100 peserta terdiri daripada pelajar SMK Chini Timur, SMK Lepar, SMK Paloh Hinai serta peserta PERKASA UKM menyertai program yang menjadikan Tasik Chini sebagai medan pembelajaran secara langsung.
 
Pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk penanaman teratai dan pokok, gotong-royong serta kutipan sampah di sekitar Tasik Chini, eksplorasi denai, penganyaman bersama komuniti Orang Asli Jakun serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang mengasah kemahiran kepimpinan, kerjasama dan komunikasi. Aktiviti ini memberi pendedahan kepada peserta tentang biodiversiti, warisan dan kepentingan memelihara ekosistem Tasik Chini.
 
Melalui penganjuran ini, UKM terus mempertemukan kepakaran universiti dengan komuniti dan realiti lapangan, sekali gus menyemai rasa tanggungjawab dalam kalangan generasi muda untuk mengenali, menghargai dan menjaga khazanah alam semula jadi negara.
August 25, 2026
Scroll to Top

BIOGEORINTIS KUBANG BADAK



Aktiviti:
  • Jelajah Galeri PPL
    Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
  • Teroka Bakau
    Menelusuri Sungai Kubang Badak melihat ekosistem bakau menaiki bot
  • Snorkeling
    Aktiviti snorkeling di Pulau Jemuruk

Budaya Orang Asli & Eksplorasi Hutan


Aktiviti:
Alami gaya hidup Orang Asli Jakun Tasik Chini (kemahiran menyumpit dan membuat kraftangan).
Pengangkutan bot pergi-balik.
Meneroka hutan hujan tropika sepanjang Rintis Kempas, Tempinis dan Kandis.
Menimba ilmu di Galeri Tasik Chini Rezab Biosphera (TCRB).

Kalendar Automatik (Tema Engitech)

KALENDAR ACARA

*Tidak semua tempahan yang telah dibuat adalah menggunakan seluruh fasiliti. Para pelanggan boleh membuat pertanyaan kepada kakitangan bertugas.

KELESTARIAN TERNAKAN KETAM NIPAH



Aktiviti:
•
Jelajah Galeri PPL
Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
•
Menangkul Ketam
Aktiviti menangkap ketam kaedah tradisional dengan menaiki bot nelayan

WARISAN NELAYAN TRADISI



Aktiviti:
•
Jelajah Galeri PPL
Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
•
Mengail Ikan
Mengail ikan menggunakan kampoi dan menaiki bot nelayan

WARISAN EKOSISTEM BAKAU



Aktiviti:
•
Jelajah Galeri PPL
Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
•
Teroka Bakau
Menelusuri Sungai Kubang Badak melihat ekosistem bakau menaiki bot
•
Snorkeling
Aktiviti snorkeling di Pulau Jemuruk
•
Menangkul Ketam
Aktiviti menangkap ketam kaedah tradisional dengan menaiki bot nelayan

WARISAN ALAM DAN TRADISI



Aktiviti:
•
Jelajah Galeri PPL
Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
•
Mengail Ikan
Mengail ikan menggunakan kampoi dan menaiki bot nelayan
•
Menangkul Ketam
Aktiviti menangkap ketam kaedah tradisional dengan menaiki bot nelayan

PAKEJ 5: EKOSISTEM MARIN 3600 (3H2M) Lihat Harga

Ekosistem Marin 360


Aktiviti:
Alami pengalaman berkhemah di hadapan pantai di Mersing.
Menikmati pemandangan malam yang indah di pantai Tg. Resang.
Menghayati keindahan alam marin yang disediakan di EKOMAR.
Mempelajari dan menghayati kehidupan nelayan tradisi.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 5: EKSPLORASI HUTAN & TASIK CHINI (2H1M)  Lihat Harga

Eksplorasi Hutan & Tasik Chini


Aktiviti:
Meneroka hutan hujan tropika sepanjang Rintis Kempas, Tempinis dan Kandis.
Menyelusuri Tasik Chini secara santai dengan bot.
Menimba ilmu di Galeri Tasik Chini Rezab Biosphera (TCRB).

Program Saintis Cilik


Aktiviti:
Meneroka flora dan fauna Bukit Fraser.
Nikmati keindahan Air Terjun Jeriau.
Perkhemahan.
Buku panduan dan alat tulis disediakan.
Khidmat Jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 5: ALAMI BUKIT FRASER (2H1M) Lihat Harga

ALAMI BUKIT FRASER


Aktiviti:
Kenali flora dan fauna, tumbuhan etnobotani, ekologi hutan, menyusuri sungai dan air terjun.
Perkhemahan.
Alatan tulis dan buku panduan disediakan.
Khidmat Jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 1: EKSPLORASI DATARAN PASANG SURUT PULAU MAWAR (4 JAM) Lihat Harga

Eksplorasi Dataran Pasang Surut Pulau Mawar


Aktiviti:
Meneroka dataran pasang-surut Pulau Mawar seluas hampir 1 km persegi, hutan bakau pantai serta pentas hakisan dan tunggul laut yang unik.
Lawatan ke Galeri EKOMAR.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 4: EKSPLORASI ALAM MARIN (1 HARI) Lihat Harga

Eksplorasi Alam Marin


Aktiviti:
Menikmati keindahan alam marin dengan aktiviti snorkel di pulau-pulau berhampiran.
Pengangkutan bot pergi-balik.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 2: EKSPLORASI MALAM PANTAI TG. RESANG (3 JAM) Lihat Harga

Eksplorasi Malam Pantai Tg. Resang


Aktiviti:
Meneroka keindahan pantai malam bersama hidupan nokturnal sambil menghayati peranan bulan dan bintang.
Lawatan ke Galeri EKOMAR.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 3: KEHIDUPAN NELAYAN TRADISI (1 HARI) Lihat Harga

Kehidupan Nelayan Tradisi


Aktiviti:
Menghayati kehidupan nelayan tradisi termasuk akitiviti memukat, menjala dan menangkap hasil laut.
Mempelajari cara tradisi pembuatan keropok lekor dan sata.
Khidmat jurupandu berpengalaman.